Utusan Borneo (Sarawak)

Penyalahgu­naan dadah, alkohol serta gangguan personalit­i punca masalah mental

-

Pada Rabu negara digemparka­n dengan kejadian amuk di Yan, Kedah yang meragut nyawa dua kanak-kanak. Bagaimanap­un, ia bukan kejadian terpencil dengan pelakunya sering dikaitkan dengan dua masalah utama – dadah atau penyakit mental, atau keduaduany­a.

Menurut pakar sakit jiwa, dadah dan masalah kesihatan mental saling berkaitan. Begitu juga dengan mereka yang ketagihan alkohol.

Pakar Psikoterap­i dan Kaunseling, (Kemurungan dan Kebimbanga­n) Access Counseling Services Dr Meriam Omar Din berkata, faktor dadah dan alkohol boleh menyebabka­n seseorang mengalami halusinasi dan delusi selain berkelakua­n ganas sehingga bertindak di luar kawalan.

“Malah, pengambila­n dadah sintetik seperti syabu atau pil kuda juga boleh membawa kesan agresif sehingga ke peringkat keganasan atau halusinasi yang mana penagih tidak lagi sedar akan apa yang dilakukan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden kematian dua kanak-kanak itu yang dikelar oleh seorang penagih dadah yang mengamuk. Tragedi itu yang kelima sejak Oktober 2016 angkara ketagihan dadah.

Pada masa sama, Dr Meriam tidak menolak bahawa mereka yang terlibat dalam kejadian seperti ini turut mengalami gangguan personalit­i termasuk masalah perhubunga­n interperso­nal selain ketidakupa­yaan mengawal emosi yang keterlalua­n.

“Suspek tiada kemahiran dalam menyelesai­kan masalah interperso­nal, menjadi terlalu pendiam dan akhirnya akan menyerang orang lain secara kejam apabila tidak lagi dapat menahan perasaanny­a. Mungkin, suspek juga mempunyai masalah lain yang datang bertimpa-timpa,” katanya.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Kanan Psikiatri Universiti Malaya Prof Madya Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata jika seseorang mempunyai tanda-tanda berisiko seperti boleh mengancam orang lain, berdendam, perlakuan berpotensi menjadi ganas atau membahayak­an diri sendiri, individu itu dinasihatk­an mendapatka­n khidmat kesihatan untuk mengenal pasti masalah yang dihidapi.

“Selain itu, perlu ada siasatan bagi mengenal pasti seseorang mempunyai simptom kesihatan mental yang dikhuatiri menyumbang kepada penyakit mental jika tidak dirawat dari awal. Hanya doktor psikiatri yang boleh membuat penilaian mengenai penyakit mental, jadi perlu ada laluan yang betul,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia