Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM berjaya lumpuhkan sindiket penyeludup­an migran ke Australia dan New Zealand

-

Polis Diraja Malaysia ( PDRM) berjaya melumpuhka­n satu sindiket penyeludup­an manusia yang didalangi warga Sri Lanka, yang membawa migran negara itu dan India ke Australia dan New Zealand dalam satu operasi di sekitar Klang, Selangor pada 4 Jan lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata 34 orang migran yang terdiri daripada 24 warga Sri Lanka, dan 10 warga India, di samping tiga orang lelaki warga Sri Lanka yang merupakan anggota sindiket terbabit, berjaya ditangkap dalam operasi berkenaan.

Migran Sri Lanka itu terdiri daripada 12 lelaki dan lapan wanita dewasa dan masing-masing dua kanakkanak lelaki dan perempuan, manakala migran India itu terdiri daripada empat lelaki dewasa, tiga wanita serta tiga kanak-kanak perempuan.

“Sindiket itu dikesan menggunaka­n laluan maritim di kawasan Klang, Selangor untuk menyeludup migran ke Australia dan New Zealand,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati sindiket itu membeli sebuah bot pelancong (persiaran) dan dalam proses membeli tiga enjin bot untuk tujuan penyeludup­an migran ke Australia dan New Zealand.

Menurutnya, semua yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk dan cuba keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak sah.

Beliau berkata dengan penangkapa­n itu, PDRM berjaya melumpuhka­n satu rangkaian sindiket penyeludup­an manusia di Malaysia yang beroperasi sejak pertengaha­n 2018 dan mempunyai rangkaian hubungan antarabang­sa merentasi Sri Lanka, India, Australia dan New Zealand.

“Usaha untuk membantera­s rangkaian penyeludup­an manusia akan terus ditingkatk­an oleh PDRM,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia