Utusan Borneo (Sarawak)

Wang simpanan warga emas RM120,000 lebur ditipu ‘Macau Scam’

-

Seorang pesara guru berputih mata selepas wang simpananny­a sebanyak RM120,000 lebur selepas diperdaya oleh sindiket macau scam yang mendakwa talian telefonnya terlibat dengan aktiviti judi atas talian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, dalam kejadian pada 30 Dis lepas, wanita berusia berusia 84 tahun itu telah menerima panggilan mengatakan talian telefonnya akan ditamatkan dalam tempoh dua jam kerana terlibat dengan aktiviti je- nayah itu.

“Perkara itu kemudian dinafikan oleh mangsa sebelum talian disambungk­an kepada suspek yang menyamar polis dan memaklumka­n satu perintah tahanan reman telah dikeluarka­n terhadap mangsa,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mangsa kemudian disambungk­an pula kepada seorang lelaki yang mendakwa dari Bank Negara Malaysia yang kemudian telah memintanya memindahka­n kesemua wangnya ke akaun yang diberikan untuk mengelakka­n akaunnya daripada dibekukan dan bagi tujuan keselamata­n.

Khuatir dengan perkara itu, katanya, mangsa telah melakukan lapan kali transaksi bermula 31 Disember hingga 8 Januari dengan jumlah keseluruha­n RM120,000.

Beliau berkata, suspek kemudian masih meminta wang tambahan dan mangsa mula mengesyaki ditipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh kelmarin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia