Utusan Borneo (Sarawak)

KKM fokus untuk atasi lima faktor penyakit tidak berjangkit

Beralih daripada usaha penyembuha­n kepada pencegahan penyakit

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Kesihatan (KKM) memberi fokus untuk mengurangk­an lima faktor yang menyumbang kepada penyakit tidak berjangkit dalam kalangan penduduk Malaysia bagi tahun 2019, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Kelima- lima faktor itu ialah hipertensi, diabetes, kolesterol tinggi, merokok dan obesiti, katanya.

Menurutnya, kajian bersama KKM dan Harvard University menunjukka­n tahap kejayaan Malaysia dalam menangani penyakit tidak berjangkit dalam kalangan pendudukny­a agak rendah berbanding negara lain di rantau ini.

Dr Dzulkefly menyifatka­n

Untuk mencapai matlamat tersebut, KKM akan memberi tumpuan kepada usaha penjagaan kesihatan iaitu

“beralih daripada penyembuha­n kepada pencegahan.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Menteri Kesihatan

usaha meningkatk­an kejayaan KKM menangani penyakit tidak berjangkit dalam kalangan penduduk Malaysia sebagai cabaran besar yang perlu dipikul oleh beliau dan seluruh warga kerja KKM.

“Untuk mencapai matlamat tersebut, KKM akan memberi tumpuan kepada usaha pen- jagaan kesihatan iaitu beralih daripada penyembuha­n kepada pencegahan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an amanat tahun baharu kepada warga kerja KKM di kementeria­n tersebut di sini semalam.

Namun, katanya ia tidak bermakna KKM akan menga- baikan usaha mengawal penyakit berjangkit seperti tuberculos­is.

Mengenai aduan pengusaha kedai makan bahawa pendapatan mereka terjejas setelah larangan merokok diperkenal­kan di tempat makan sejak 1 Jan, Dr Dzulkefly menyifatka­n ia merupakan fenomena waktu yang singkat.

“Saya mahu lihat bukti KKM juga dalam usaha mengumpul pelbagai bukti. KKM turut menerima maklumat mengatakan perniagaan keda makan lebih baik sekarang kerana golongan berkeluarg­a selesa membawa anak kecil ke kedai makan apabila tidak ada gangguan asap rokok,” katanya — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia