Utusan Borneo (Sarawak)

Kehadiran pelajar di SK Tohoi meningkat sekali ganda

-

Kehadiran pelajar Orang Asli di Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi kini meningkat sekali ganda kepada 219 murid sejak sesi sekolah itu dibuka dua minggu lalu selepas empat tahun tragedi kehilangan tujuh murid sekolah tersebut yang mengorbank­an lima murid manakala dua lagi selamat.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tohoi, Eder Baharom berkata, dalam tempoh empat tahun lalu hanya sekitar 100 murid Orang Asli yang hadir berikutan ibu bapa mereka menghalang anaknya ke sekolah itu kerana bimbang berlakunya lagi tragedi itu.

Katanya, kehadiran murid yang meningkat itu membuktika­n ibu bapa kaum terbabit telah melupakan tragedi berkenaan dan mahu anak masingmasi­ng memberi tumpuan kepada pelajaran kerana tidak mahu lagi ketinggala­n.

Beliau berkata, sebilangan besar murid itu yang tinggal berjauhan dengan sekolah juga diberi tinggal di asrama yang dikawal ketat pihak pengurusan sekolah bagi mengelak berulangny­a tragedi terbabit.

“Kita tengok ada kelas khususnya tahun empat pelajarnya amat ramai sehingga padat, iaitu seramai 43 murid,” katanya semasa di temui di Pos Tohoi, di sini, semalam.

Dalam kejadian 23 Ogos 2015, tujuh murid yang tinggal di asrama SK Tohoi dilaporkan lari dari asrama dipercayai takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai tanpa kebenaran yang mengorbank­an lima murid manakala dua ditemui selamat, dan selepas tragedi itu ibu bapa Orang Asli bimbang untuk menghantar anak mereka ke sekolah tersebut yang menyebabka­n kehadiran pelajar merosot.

Selepas hampir 50 hari hilang, Norieen Yaakob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, ditemui masih hidup dalam keadaan kelaparan berhampira­n Sungai Perias manakala lima rangka pelajar yang ditemui di sekitar kawasan sama ialah Ika Ayel, 9, Sasa Sobrie, 8, Haikal Yaakob, 8, Linda Rosli, 8, dan Juvina David, 7, yang kesemuanya dari Kampung Gawin dan Kampung Penad.

Seorang bapa di pos itu, Asut Along, 51, berkata, ibu bapa kaum itu semakin melupai tragedi berkenaan dan mereka gembira dapat menghantar anak mereka ke sekolah dan tinggal di asrama.

Katanya, selepas begitu lama kejadian berkenaan, mereka menganggap segala-galanya telah berakhir dan mahu anak mereka memberikan tumpuan kepada pelajaran.

“Itu pun, kita minta dengan guru untuk membenarka­n ibu bapa melawat anak yang tinggal di asrama setiap masa bag jaminan tahap keselamata­n,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia