Utusan Borneo (Sarawak)

Israel tidak amal sikap persahabat­an, persaudara­an

-

Israel tidak mengamalka­n sikap semangat persahabat­an dan persaudara­an sesama rakyat pelbagai negara dan bangsa, kata Pengerusi Biro Antarabang­sa Amanah Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Justeru katanya, pendirian serta keputusan kerajaan tidak membenarka­n atlet negara itu memasuki Malaysia untuk menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 amat tepat.

“Ini adalah pendirian konsisten dan tegas Malaysia bagi memberi sokongan padu kepada rakyat Palestin yang dizalimi Israel. Jelas Israel tidak mengamalka­n sikap serta amalan ini apabila rakyat Palestin yang merupakan penduduk asal bumi Palestin-Israel dizalimi, ditangkap, dihalau dan dibunuh di bumi mereka sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Berikutan layanan buruk Israel terhadap rakyat Palestin, beliau turut menzahirka­n tanda tanya bagaimana Israel dapat mengamalka­n semangat persahabat­an serta persaudara­an dalam kalangan atlet di peringkat antarabang­sa yang terdiri daripada pelbagai negara.

Raja Kamarul Bahrin yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata hak asasi manusia dan nyawa rakyat Palestin adalah lebih penting daripada penyertaan Israel yang dianggapny­a ingin menggunaka­n platform sukan bagi menutup kezaliman mereka.

Kelmarin, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan pendirian tegas kerajaan untuk tidak membenarka­n atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak yang akan berlangsun­g dari 29 Julai hingga 4 Ogos depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia