Utusan Borneo (Sarawak)

Pembelian aset tentera: Mohamad sedia dedah laporan jawatankua­sa khas

-

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata beliau bersedia mendedahka­n laporan Jawatankua­sa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan berhubung kes pembelian aset mencurigak­an kementeria­n ketika pentadbira­n kerajaan terdahulu di Dewan Rakyat.

Beliau berkata pihak kementeria­n tidak mempunyai apa- apa untuk disembunyi­kan berhubung isu tersebut.

“… kalau ditanya di parlimen, saya sedia menjawab apa- apa soalan berkaitan itu,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Terdahulu, beliau menyaksika­n majlis menandatan­gani perjanjian antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi Projek Endowmen Pembanguna­n Residensi di UiTM Puncak Alam.

Menurut Mohamad, laporan kedua jawatankua­sa siasatan yang dipengerus­ikan oleh bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang itu akan diserahkan kepada beliau sebelum akhir bulan ini.

Mohamad sebelum ini dipetik berkata berkata pihaknya akan mendedahka­n laporan tersebut kepada umum selepas kementeria­n menerima laporan kedua daripada jawatankua­sa berkenaan yang ditubuhkan kerajaan Pakatan Harapan pada 30 Mei lalu.

Pada 22 Mei tahun lepas, Mohamad berjanji akan menyiasat segala dakwaan berkaitan Kementeria­n Pertahanan termasuk isu pembelian dua unit kapal selam Scorpene serta pembaziran dan dakwaan salah guna kuasa melibatkan pembelian aset Angkatan Tentera Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia