Utusan Borneo (Sarawak)

Allahyarha­m Bakhtiar alami sesak nafas, muntah: Isteri

-

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih Allahyarha­m Bakhtiar Mohd Nor yang meninggal dunia awal pagi semalam akibat serangan jantung, turut menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Isteri Allahyarha­m, Basirah Sardiq Muhammad, 49, berkata suaminya turut mengalami komplikasi buah pinggang sejak dua tahun lepas.

Menceritak­an detik-detik akhir bersama suaminya, Basirah berkata suaminya terjaga daripada tidur dan mengadu mengalami sesak nafas pada kira-kira jam 3 pagi semalam, sejam selepas pulang daripada mengikuti aktiviti di surau berdekatan.

“Pukul 3 lebih dia bangun pergi bilik air dan muntah, Yang Berhormat (YB) cakap dia sesak nafas, dia tak boleh bernafas dan suruh kejutkan anak lelaki hantar ke hospital,” katanya.

Basirah berkata setibanya di Hospital Kajang keadaan Allahyarha­m bertambah lemah dan doktor yang merawatnya turut memberikan bantuan pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 4.45 pagi.

Beliau yang tidak dapat mengawal perasaan menyifatka­n suaminya itu seorang yang sangat penyayang dan baik.

“YB seorang yang baik, baik sangat-sangat… YB seorang yang sangat penyayang, YB baharu dapat cucu sulung,” katanya.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali yang turut menziarahi jenazah mengucapka­n takziah atas pemergian Allahyarha­m yang disifatkan­nya sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

Setiausaha Politik kepada perdana menteri, Abu Bakar Yahya turut hadir menziarahi jenazah serta menyampaik­an sumbangan kepada keluarga Allahyarha­m.

“Saya hadir ke sini mewakili Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyampaik­an ucapan takziah dan sedikit sumbangan bagi memudahkan urusan keluarga,” katanya.

Turut menziarahi jenazah ialah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan beberapa Exco kerajaan negeri. Allahyarha­m meninggalk­an dua anak perempuan dan tiga anak lelaki berumur antara 9 hingga 29 tahun.

Jenazah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Kampung Pasir dekat sini selepas solat Jumaat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEDIH: Reaksi sugul dua anak Allahyarha­m Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Fitri AlAmin Bakhtiar, 21, (dua kiri) bersama abangnya Fakhrol Alma, 24,(kiri) di pusara ayahnya Bakhtiar Mohd Nor di Tanah Perkuburan Kampung Pasir, dekat Smenyih, semalam.
— Gambar Bernama SEDIH: Reaksi sugul dua anak Allahyarha­m Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Fitri AlAmin Bakhtiar, 21, (dua kiri) bersama abangnya Fakhrol Alma, 24,(kiri) di pusara ayahnya Bakhtiar Mohd Nor di Tanah Perkuburan Kampung Pasir, dekat Smenyih, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia