Utusan Borneo (Sarawak)

PRK Cameron Highlands: 9 set borang pencalonan sudah dibeli

-

Suruhanjay­a Pilihan Raya ( SPR) Pahang mengesahka­n sembilan set borang pencalonan telah dibeli setakat kelmarin, menjelang hari penamaan calon pilihan raya kecil ( PRK) Parlimen Cameron Highlands hari ini.

Pengarah SPR Pahang Datuk Zamree Hamli berkata wakil daripada Pakatan Harapan membeli satu set borang pencalonan, MyPPP dua set borang dan wakil daripada Barisan Nasional (BN) serta Bebas pula masing- masing tiga set.

“Ini ( sembilan set) yang telah dibeli setakat jam 5.30 petang semalam. Mungkin ada pertambaha­n lagi pada hari ini. Calon juga masih boleh membeli borang sehingga jam 10 pagi esok ( hari ini),” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini semalam.

PRK Parlimen Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya mengisytih­arkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada BN pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) Mei tahun lepas, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaru­hi pengundi di kawasan itu.

Pada PRU14, Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan memperoleh 10,307 undi menewaskan M. Manogaran (PKR) yang meraih 9,710 undi; Wan Mahadir Wan Mahmud (PAS/3,587 undi); Mohd Tahir Kassim (Berjasa/81 undi) dan B. Suresh Kumar daripada Parti Sosialis Malaysia ( PSM) dengan 680 undi.

SPR menetapkan 12 Januari bagi penamaan calon PRK itu manakala hari mengundi awal 22 Januari dan hari pengundian 26 Januari.

Setakat semalam, Manogaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pahang dan Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas telah menyatakan hasrat untuk bertanding dalam PRK itu selain BN menamakan bekas pegawai kanan polis daripada komuniti Orang Asli tempatan, Ramli Mohd Nor sebagai calon parti itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia