Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Asia: UAE kian hampiri peringkat 16 pasukan terakhir

Tuan rumah mengatasi India dengan kemenangan 2-0, Stange dipecat serta-merta apabila Syria tewas 2-0 kepada Jordan

-

ABU DHABI: Pasukan tuan rumah Emiriah Arab Bersatu (UAE) semakin mendekati tempat pada peringkat 16 terakhir di Piala Asia kelmarin manakala jurulatih Bernd Stange menanggung akibat bagi kekalahan Syria kepada Jordan – menjadi pengurus kedua yang menjadi mangsa dalam hanya enam hari pertanding­an.

UAE terselamat daripada permulaan yang mendebarka­n untuk menewaskan India 2-0 tetapi ia ternyata malam yang suram bagi Stange, 70, yang menyaksika­n Syria tewas 2-0 dan dipecat sejurus kemudian.

“Persekutua­n Bola Sepak Syria memutuskan untuk memecat jurulatih Bernd Stange,” satu kenyataan dalam laman Facebook organisasi itu menyebut, dan menambah bekas jurulatih kebangsaan Fajr Ibrahim akan memikul tugas untuk perlawanan terakhir menentang Australia dalam Kumpulan B.

Stange menyusuli pengurus Thailand, Milovan Rajevac, selepas pengurus Serb itu dipecat ekoran kekalahan 4-1 oleh pasukan Gajah Perang kepada India.

M e r e k a bangkit untuk menewaskan Bahrain 1-0 kelmarin.

Bagaimanap­un kemenangan Jordan menjadikan mereka pasukan pertama untuk menempah tempat pada peringkat ka-

Persekutua­n Bola Sepak Arab Syria memutuskan untuk memecat jurulatih Bernd

” Stange.

Kenyataan laman Facebook

lah mati, selepas mereka mengecewak­an juara bertahan Australia. Di Abu Dhabi, Khalfan Mubarak dan Ali Mabkhout menemui sasaran bagi pasukan E m i - r i a h , yang b e r - nasib b a i k untuk m e n - catatkan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan pembuka tabir menentang Bahrain selepas tendangan penalti lewat yang kontrovers­i Sabtu lepas.

“Keputusan dengan Bahrain mengecewak­an dan saya dengan rendah hati memohon maaf kepada penyokong,” kata jurulatih UAE, Alberto Zaccheroni, yang mengemudi Jepun untuk memenangi kejuaraan Piala Asia pada 2011.

“Namun para pemain menunjukka­n semangat dan keazaman yang hebat pada malam ini dan kami sewajarnya menang. Ia adalah penting untuk semakin berkembang dalam kejohanan ini.”

Kapten India Sunil Chhetri memintas Lionel Messi dalam jumlah gol antarabang­sa apabila pasukan Harimau Biru itu mengejutka­n Thailand 4-1 dalam perlawanan pembukana mereka sehingga menimbulka­n perbanding­an dengan kapten kriket India, Virat Kohli, di atas kehebatann­ya.

Penyerang malar segar itu memaksa penjaga gol UAE Khalid Eisa bertindak dengan pintar untuk menyelamat­kan gawang sebelum pasukan tuan rumah menjaringk­an gol pertama yang tidak dijangkaka­n.

Mubarak menolak bola masuk dari sudut kecil empat minit sebelum waktu rehat bagi pasukan Emiriah, yang menjadi naib juara kali terakhir negara itu menganjurk­an Piala Asia pada 1996.

Mabkhout menjamin mata dengan penyudah hebat dua minit sebelum tamat – golnya yang ke-47 dalam 75 perlawanan antarabang­sa – untuk menggilapk­an lagi keputusan perlawanan tetapi meninggalk­an UAE di tempat teratas Kumpulan A dengan empat mata.

Sebelum jaringan Mubarak – yang pertama untuk negaranya – pasukan yang mara ke peringkat separuh akhir 2015 itu amnya terbatas kepada rembatan yang hanya memberi ancaman kepada armada kereta mewah di tempat letak kereta stadium.

India, yang menjadi naib juara dalam penampilan sulung mereka di Piala Asia pada 1964 ketika ia adalah pertanding­an empat pasukan yang dimenangi Israel, masih yakin dengan peluang mereka untuk mara ke fasa kalah mat buat pertama kali.

“Kami mencipta cukup banyak peluang untuk memenang dua perlawanan, jadi saya rasa kami sewajarnya memperoleh sekurang-kurangnya keputusan seri,” kata jurulatih India Stephen Constantin­e.

“Namun jika anda tidak menterjema­hkan peluang anda, anda menanggung akibatnya – dan kami menanggung akibatnya. Saya ada 23 pemain yang amat kecewa sekali.”

Jordan menuntut enam mata yang sempurna selepas gol-go pada separuh masa pertama daripada Mousa Mohammad Suleiman dan Tareq Khattab membolehka­n mereka untuk menang 2- 0 ke atas Syria dalam perlawanan Kumpulan B yang kasar.

“Kami tahu dari mana asa usul kami – dari sangat rendah – tetapi kami mengubah banyak perkara,” kata jurulatih Jordan, Vital Borkelmans.

“Dahulu tidak ada orang percaya kepada pemain ini,” tambah pengurus dari Belgium itu. “Sekarang saya rasa semua media dan rakyat Jordan percaya mereka mempunya pasukan yang bagus.”

Di Dubai, ‘ Messi Thai Chanathip Songkrasin meledakkan pasukan Thai untuk mencatatka­n kemenangan kedua mereka dalam sejarah Piala Asia untuk menghidupk­an semula harapan mereka dengan merembat masuk jaringan yang melepasi penjaga gol Bahrain, Sayed Shubbar Alawi. — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? PENUH AKSI: Antara babak-babak aksi perlawanan Piala Asia Kumpulan A di antara India dan UAE di Stadium Zayed Sports City di Abu Dhabi. DIPECAT: Stange ketika menyaksika­n pasukannya Syria beraksi menentang Jordan pada perlawanan Piala Asia Kumpulan B di al-Ain.
— Gambar AFP — Gambar AFP PENUH AKSI: Antara babak-babak aksi perlawanan Piala Asia Kumpulan A di antara India dan UAE di Stadium Zayed Sports City di Abu Dhabi. DIPECAT: Stange ketika menyaksika­n pasukannya Syria beraksi menentang Jordan pada perlawanan Piala Asia Kumpulan B di al-Ain.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia