Utusan Borneo (Sarawak)

Tottenham ujian getir buat Solskjaer

-

LONDON: Permulaan sempurna Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus sementara Manchester United ( MU) berdepan dengan ujian paling getir apabila warga Norway itu bersemuka dengan pengurus yang menjadi sasaran utama MU bagi jawatan pengurus tetap, Mauricio Pochettino dari Tottenham Hotspur.

Selepas menunaikan tugas dalam Piala FA pada hujung minggu lepas, Liverpool dan Manchester City turut mengulangi pertarunga­n mereka untuk kejuaraan, manakala di bahagian bawah liga, empat daripada lima kelab tercorot bertemu dalam dua perlawanan penyingkir­an.

MU telah mengetepik­an psukan lawan yang lebih terhad iaitu Cardiff, Huddersfie­ld, Bournemout­h, Newcastle dalam liga dan Reading dalam Piala FA sejak Solskjaer memikul tanggungja­wab untuk mengurangk­an jurang dengan kelompok empat teratas kepada enam mata.

Bagaimanap­un, mereka masih ketinggala­n 10 mata di belakang Spurs di tempat ketiga dan saham Pochettino terus meningkat pada musim ini kerana memastikan Tottenham terus memberikan cabaran dalam empat pertanding­an walaupun bekerja dengan sebahagian kecil sumber yang ditawarkan di Old Trafford.

Spurs maju satu langkah lagi ke arah memenangi trofi pertama mereka di bawah pengurus dari Argentina itu dengan menewaskan Chelsea 1-0 pada pusingan pertama perlawanan separuh akhir Piala Liga pada Selasa lepas.

Namun sementara anak buah Pochettino terpaksa berusaha gigih selepas musim perayaan yang meletihkan, MU menikmati minggu yang bebas untuk pergi ke Dubai bagi kem latihan pertengaha­n musim.

MU sudah menjaringk­an 16 gol dalam lima perlawanan terakhir mereka yang berbeza sekali dengan bola sepak yang selalunya tidak ada inspirasi dan mencorakka­n hari-hari terakhir Jose Mourinho selaku pengendali.

Solskjaer telah menyegarka­n semula Paul Pogba, Marcus Rashford, Anthony Martial dan Romelu Lukaku selain pemain lain dan jika pasukan pelawat memberi tamparan yang berpotensi penting kepada harapan Spurs untuk memenangi kejuaraan esok (Ahad), ia pasti akan mencerahka­n lagi peluang pengurus sementara itu untuk mendapatka­n jawatan itu secara sepenuh masa.

Perlawanan pada musim perayaan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir dengan perlawanan yang muim terbaik setakat ini pada musim ini apabila City memberikan kekalahan pertama kepada Liverpool dalam liga pada musim ini untuk mengurangk­an jurang di tempat teratas kepada empat mata.

Liverpool yang banyak berubah turut disingkirk­an daripada Piala FA oleh Wolves pada Isnin lepas tetapi itu mungkin akhirnya akan membantu kes mereka untuk menamatkan penantuan selama 29 tahun bagi memenangi liga.

Jurgen Klopp kini ada lebih banyak masa untuk bersiap sedia bagi lima perlawanan yang dapat dimenangi mereka sebelum mereka menentang Bayern Munich dalam Liga JuaraJuara yang bermula di Brighton pada malam ini (Sabtu) disusuli Leicester, Crystal Palace, West Ham dan Bournemout­h.

Kemenangan di Amex akan membuka kelebihan tujuh mata di tempat teratas sekali lagi dengan City yang hanya akan beraksi pada Isnin apabila Wolves melawat Etihad.

Anak buah Pep Guardiola menyumbat 16 gol dalam perlawanan menentang dua kelab liga bawahan, Rotherham fan Burton, dalam aksi Piala dalam dua perlawanan terakhir, tetapi Wolves ternyata duri dalam daging bagi kesemua enam kelab teratas pada musim pertama mereka selepas mereka kembali ke liga utama.

City diikat 11 di Molineux pada awal musim ini dan Wolves juga me- nang di Spurs dan seri di tempat lawan dengan Arsenal dan Manchester United.

Huddersfie­ld, yang sudah berada 8 mata di bawah zon selamat, secara realistik perlu mengelak kekalahan ke-10 berturut-turut apabila mereka bertandang ke Cardiff pada malam esok untuk mengelak penyingkir­an.

Kemenangan Fulham ke atas pasukan The Terriers sejurus sebelum akhir tahun telah memberi lebih banyak peluang kepada anak buah Claudio Ranieri untuk kekal dalam liga utama dan kemenangan di Burnley dapat mengurangk­an jurang kepada satu mata dari zon selamat. —

AFP

 ??  ?? SOLSKJAER
SOLSKJAER
 ??  ?? POCHETTINO
POCHETTINO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia