Utusan Borneo (Sarawak)

Barty melangkah ke aksi final Sydney Internatio­nal

-

Ashleigh Barty dari Australia menang ke atas seorang lagi pemain dalam kelompok 10 teratas untuk mara ke peringkat akhir kejohanan tenis Sydney Internatio­nal semalam untuk menyertai Terbuka Australia sebagai salah seorang pemain yang sedang bermain dengan cemerlang.

Pemain berusia 22 tahun itu sedang bermain dengan hebat untuk melanjutka­n siri tanpa kalanya kepada tujuh perlawanan bermula dengan kejuaraan terbesar dalam kariernya di Trofi Elit WTA di Zhuhai.

Dia terpaksa menggunaka­n segala kemahirann­ya untuk mengatasi pemain nombor sembilan dunia dan pemain pilihan ketujuh Kiki Bertens (6-7 (4/7), 6-4, 7-5) dan akan menentang sama ada juara 2015 Petra Kvitova atau pemain layak dari Belarusia, Aliaksandr­a Sasnovich, dalam perlawanan akhir.

“Ia menakjubka­n. Ya benar-benar minggu tenis yang hebat,” kata Barty, pemain ranking ke-15 yang turut mara ke final pada tahun lepas.

“Saya rasa saya bermain hebat sepanjang minggu dan mempunyai lawan lawan yang sukar pada setiap pusingan dan saya amat teruja untuk mendapat peluang lagi bagi memenangi kejuaraan ini.”

B a r t y s u d a h p u n menewaskan pemain nombor satu dunia Simona Halep dan bekas juara Terbuka Perancis Jelena Ostapenko sebelum dia mengalahka­n pemain pilihan ke- 10 dari Belgium Elise Mertens pada peringkat suku akhir.

Dia memulakan perlawanan dengan kelebihan selepas dua kali menewaskan Bertens, bintang Belanda, sebelum ini, termasuk pada Ogos lalu di Montreal. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERSEDIA: Barty ketika menentang Kiki Bertens pada separuh akhir kejohanan Sydney Internatio­nal di Sydney.
— Gambar AFP BERSEDIA: Barty ketika menentang Kiki Bertens pada separuh akhir kejohanan Sydney Internatio­nal di Sydney.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia