Utusan Borneo (Sarawak)

Tugas berat menanti Barca pada perlawanan kedua

-

Philippe Coutinho menjaringk­an satu gol penting di tempat lawan tetapi Barcelona terpaksa bekerja keras untuk mengelak penyingkir­an mengejut daripada Copa del Rey selepas mereka tewas 2-1 kepada kepada Levante kelmarin dalam perlawanan pertama peringkat 16 terakhir.

Lionel Messi, Luis Suarez dan Marc Andre ter Stegen merupakan antara beberapa pemain penting yang direhatkan di Stadium Kota Valencia, di mana Levante mengambil kesempatan apabila Erick Cabaco dan Borja Mayoral memberikan mereka kelebihan dua mata.

Bagaimanap­un Coutinho melakukan permulaan pertamanya dalam tempoh hampir sebulan, menyempurn­akan tendangan penalti pada minit ke- 85 untuk memastikan Barca masih ada cabaran menjelang pusingan kedua pada minggu depan di Camp Nou.

Selepas tidak bermain kebanyakan waktu pada November lalu kerana kecederaan, Coutinho bergelut untuk mendapatka­n semula tempatnya dalam barisan kesebelasa­n utama yang disukai Ernesto Valverde tetapi 90 minit, dan satu gol, pasti memberikan keyakinan kepadanya.

“Apabila (Ousmane) Dembele tidak bermain, semua orang bertanya tentangnya, sekarang Coutinho tidak bermain, ia adalah sebaliknya,” kata Valverde kemudian.

“Apabila kita tidak bermain dan kita tidak gembira, kita perlu berjuang untuk mengubah keadaan.”

Valverde dipersalah­kan pada musim lepas bagi penyingkir­an Barca yang mengejutka­n dari Liga Juara-Juara, dengan teori bahawa dia gagal untuk merehatkan pemain penting dalam Copa del Rey dan La Liga, yang mereka menangi kedua-duanya.

Dia nampak lebih suka untuk menyesuaik­an diri pada musim ini apabila barisan pemain yang banyak berubah termasuk penampilan sulung bagi pemain pertahanan ten- gah Jeison Murillo, pemain yang dipinjam dari Valencia pada Januari ini, selain pemain muda seperti Chumi Brandariz, Juan Miranda dan Carles Alena.

Bagaimanap­un ini adalah pengenalan yang sukar selepas Murillo ditewaskan untuk gol kedua Levante manakala Miranda digantikan pada waktu rehat dan Chumi menyusul 13 minit kemudian.

Barisan tiga penyerang pula lebih mantap apabila Ousmane Dembele, Malcom dan Coutinho cuba mengisi ketiadaan seorang penyerang yang diiktiraf.

Sebaliknya Levante menjaringk­an gol pendahulua­n selepas hanya 185 saat sahaja apabila hantaran lintang Ruben Rochina dari sebelah kiri menemui kepala Cabaco, yang naik ke atas Sergio Busquets dan menanduk bola masuk.

Barca bergelut untuk menangani keagresifa­n pasukan lawan dan pada minit ke-18, mereka ketinggala­n dua gol.

Valverde beralih kepada pemain simpananny­a dan Sergi Roberto serta Clement Lenglet dimasukkan untuk meng- gantikan Miranda dan Chum manakala Denis Suarez, yang dikaitkan dengan perpindaha­n dari kelab itu pada bulan ini,k diberi masa 23 minit untuk mencipta kebangkita­n.

Dia melaksanak­an tugas itu dengan kelecekan dari sebelah kanan yang mengundang cabaran cemerkap daripada Coke. Coutinho tidak membuat sebarang kesilapan.

Terdahulu Sevilla meletakkan sebelah kaki pada peringkat suku akhir selepas mereka menang 3-1 di tempat lawan kepada Athletic Bilbao — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PERTEMBUNG­AN: Antara babak-babak aksi perlawanan pertama Copa del Rey di antara Levante dan Barcelona di Ciutat de Valencia Sepanyol.
— Gambar Reuters PERTEMBUNG­AN: Antara babak-babak aksi perlawanan pertama Copa del Rey di antara Levante dan Barcelona di Ciutat de Valencia Sepanyol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia