Utusan Borneo (Sarawak)

Norrie, Sandgren bertemu di final ATP Auckland Classic

-

Pemain Britain yang dibesarkan di New Zealand, Cameron Norrie, dan pemain Amerika, Tennys Sandgren, akan merebut kejuaraan tenis ATP Auckland Classic selepas mereka memenangi perlawanan separuh akhir masing-masing dengan gaya yang berlainan semalam.

Norrie mengatasi pemain Jerman, Jan-Lennard Struff, dalam pertarunga­n tiga set antara pemain dengan servis kuat 7-5, 4-6, 6-3 manakala Sandgren dengan selesa mengalahka­n Philipp Kohlschrei­ber 6-4, 6-2.

Sandgren dan Norrie sudah menentang satu sama lain sebanyak enam kali sebelum ini, dan Norrie memenangi empat perlawanan mereka.

“Tiga kali berturut-turut dia menewaskan saya. Dalam kejohanan berturut-turut pada musim luruh 2017, yang tidak begitu menyeronok­kan,” kata Sandgren.

Norrie, yang lahir di Afrika Selatan dan membesar di New Zealand sebelum dia berhijrah ke Britain, mematahkan Struff pada kedudukan 6-5 untuk memenangi set pertama.

Struff mengambil inisiatif awal dalam set kedua, dan Norrie melepaskan servis buat pertama kali pada minggu ini.

Masing-masing menerima ‘break’ servis lagi sebelum Struff bertahan untuk memenangi set kedua.

Bagaimanap­un Norrie tidak mahu dinafikan dalam set penentuan apabila dia mendahului 3-0 dan menguasai permainan dari sana.

Walaupun keresahan ketika melakukan servis pada kedudukan 5-3 menyaksika­nnya ketinggala­n 0- 30, dia dapat menenangka­n diri untuk memenangi perlawanan.

Sandgren, pemain ranking ke-63 di dunia dan pemain terakhir yang diterima masuk ke dalam undian utama kejohanan, menerima ‘break’ penentuan pada awal setiap set ketika menentang Kohlschrei­ber, pemain ranking ke-34, dan tidak tertekan. — AFP

 ??  ?? SANDGREN
SANDGREN
 ??  ?? NORRIE
NORRIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia