Utusan Borneo (Sarawak)

60 peserta dari enam pasukan beraksi pada Futsal Komrado Persahabat­an Belia

-

Seramai 60 orang peserta daripada enam pasukan menyertai perlawanan Futsal Komrado Persahabat­an Belia di Gelanggan Futsal Kampung Samariang Batu di sini pada akhir Disember lalu.

Perlawanan futsal anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak bersama Belia KASBA (Kampung Samariang Batu) mendapat sambutan menggalakk­an kalangan anak-anak muda sekitar Bandara raya Kuching.

Perasmian perlawanan itu disempurna­kan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak, Zaini Abdul Aziz diiringi oleh Ahli Jawatankua­sa Kerja Pusat ABIM, Mohammad Fazril Mohd Saleh dan Timbalan Yang Dipertua ABIM Negeri Sarawak, Mohd Raufa Imran Abd Rauf.

Hadir sama Setiausaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Samariang Sulhie Salleh, Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Pelajar Islam (PERKEPIS) Sarawak Muhd Zhariff Azhari, Penyelaras Program, Muhd Izzul Zikri Khasri, Ketua Pemuda KASBA A, Jamil Mieso dan Pengerusi Masjid Nurul Khair, Mahathir Fatimah.

Program memasuki edisi kedua itu diadakan sebagai usaha ABIM menggalakk­an golongan muda menjalani gaya hidup sihat serta mengasah bakat- bakat mereka dalam bidang sukan itu.

Ia juga bagi mengisi masa terluang kalangan belia den- gan aktiviti faedah selain mengajak mereka mengikuti kegiatan sukarelawa­n dan kemasyarak­atan khususnya program disediakan oleh ABIM.

Pada kejohanan itu, pasu- kan KASBA B muncul juara setelah menewaskan pasukan Asyraf dari ABIM Sarawak dengan 1-0.

Semua pemenang dan peserta menerima hadiah berupa hamper daripada penganjur.

 ??  ?? TAHNIAH: Zaini menyampaik­an hadiah kepada wakil-wakil pasukan menyertai perlawanan Futsal Komrado Persahabat­an Belia di Kuching.
TAHNIAH: Zaini menyampaik­an hadiah kepada wakil-wakil pasukan menyertai perlawanan Futsal Komrado Persahabat­an Belia di Kuching.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Peserta dan tetamu pada program tersebut.
UNTUK ALBUM: Peserta dan tetamu pada program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia