Utusan Borneo (Sarawak)

MAKSAK Sarawak tuan rumah Tenpin Boling Kebangsaan

-

Kejohanan Tenpin Boling MAKSAK Malaysia 2019 Peringkat Kebangsaan akan berlangsun­g pada 24 sehingga 27 Januari ini di Megalanes Bowling Batu Kawa dekat sini.

Kejohanan Tenpin Boling MAKSAK Malaysia 2019 itu merupakan anjuran MAKSAK Malaysia dikelolaka­n oleh Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota- anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Naib Yang Dipertua MAKSAK Sarawak, Datu Mohamad Abu Bakar Marzuki memberitah­u dijangka 18 kelab MAKSAK Negeri dan Kelab Gabungan melibatkan seramai 288 orang peserta menyertai kejohanan itu.

Katanya, MAKSAK Malaysia memilih dan memberi kepercayaa­n kepada MAKSAK Sarawak menjadi tuan rumah bagi penganjura­n kejohanan ini dan ia adalah acara pembuka gelanggang bagi tahun ini.

“Antara Kelab MAKSAK menyertai kejohanan ini ialah Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

“Selangor, Terengganu termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Penjara,” katanya selepas mesyuarat persediaan dan persiapan penganjura­n kejohanan itu d sini semalam.

Perasmian dan penutupan serta penyampaia­n sijil dan hadiah dijangka dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Neger merangkap Yang Dipertua MAKSAK Sarawak, Tan Sr Datuk Amar Mohamad Morshidi Ghani pada 27 Januar ini.

Hadir sama pada mesyuarat itu ialah Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia, Radin Hedly Radin Mohamad Hambali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia