Utusan Borneo (Sarawak)

Tip untuk usahawan dalam talian dalam perniagaan yang kompetitif

-

PADA tahun 2017, sebanyak 53,285 perniagaan dalam talian telah didaftar di bawah Suruhanjay­a Syarikat Malaysia.

Bilangan ini mungkin telah meningkat pada masa kini memandangk­an semakin ramai orang terutamany­a golongan belia telah mengenali potensi untuk menjalanka­n perniagaan secara dalam talian.

Namun begitu, kita tidak dapat nafikan bahawa terdapat persaingan dalam sebarang bentuk perniagaan, sama ada di Internet ataupun di kawasan setempat anda.

Sekiranya anda seorang usahawan dalam talian, berikut adalah beberapa tip yang anda boleh gunakan untuk terus bersaing dalam dunia perniagaan dalam talian. Kenali pesaing anda

Mengenal pasti pesaing anda adalah penting kerana ia memberi gambaran yang lebih jelas tentang dengan siapakah anda bakal bersaing. Ketahui siapa pesaing anda, apakah produk atau perkhidmat­an mereka dan apakah keunikan atau keistimewa­an kunci pasaran (unique selling point) mereka.

Jika pesaing anda menawarkan produk atau perkhidmat­an yang serupa, tentukan unique selling point anda untuk membezakan perniagaan anda daripada pesaing. Cari pasaran sasaran baharu

Sekiranya anda mendapati bahawa perniagaan dalam talian anda tidak berkembang melalui para pelanggan semasa anda, anda mungkin perlu mempertimb­angkan untuk memperluas atau menukar pasaran sasaran anda.

Dengan bantuan Internet, anda boleh mengenal pasti semula pasaran sasaran anda dengan mengetahui keutamaan atau keperluan mereka. Tetapkan strategi pemasaran baharu

Dalam era inovasi teknologi yang pesat, terdapat pelbagai cara untuk melakukan pemasaran dalam talian yang mesra pengguna serta mesra alam.

Membangunk­an kempen media sosial untuk memasarkan produk anda dalam talian adalah salah satu cara yang terbaik dan mudah untuk terus mengingati para pelanggan tentang perniagaan anda.

Anda juga perlu mengikut trend terkini yang boleh ditawarkan kepada pelanggan anda dan melabur dalam teknologi baharu yang mampu membantu mengembang­kan perniagaan anda. Menjenamak­an semula imej anda

Satu langkah mudah seperti menjenamak­an semula imej anda boleh membawa kepada perubahan yang banyak kepada perniagaan anda.

Bagi para peniaga dalam talian, ini mungkin termasuk mengemas kini laman web perniagaan untuk menjadikan­nya lebih mesra pengguna dan mempunyai kehadiran media sosial yang berterusan untuk kekal berhubung dengan pelanggan anda. Menjaga pelanggan sedia ada anda

Para peniaga dalam talian akan sering berusaha untuk menarik pelanggan baharu tetapi kadangkala ini boleh mengakibat­kan pengabaian kepada para pelanggan sedia ada.

Dalam hal ini, anda patut menawarkan perkhidmat­an yang lebih baik atau menjadi lebih responsif kepada keperluan mereka. Ini akan membolehka­n anda memastikan pelanggan sedia ada anda tidak beralih kepada pesaing anda sementara anda terus mencari pasaran sasaran baharu.

Ini merupakan ruangan mingguan oleh SarawakYES! – sebuah inisiatif oleh Faradale Media-M Sdn Bhd dan disokong oleh Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak. Ruangan ini bertujuan berkongsi nasihat dan panduan berkaitan pendidikan dan karier dalam menggalakk­an anak-anak Sarawak untuk mengejar impian mereka. Ikuti kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia