Utusan Borneo (Sarawak)

Lady Gaga tidak akan kerjasama dengan R.Kelly lagi

-

PENYANYI Lady Gaga berikrar untuk mengeluark­an lagu duet yang dia rakamkan bersama penyanyi R&B R.Kelly dari khidmat striming dan tidak akan bekerja sama dengannya lagi.

Komennya, dalam satu tulisan Instagram yang panjang lewat Rabu lepas, menyusuli sebuah dokumentar­i televisyen baharu di mana beberapa wanita menuduh Kelly melakukan kesalahan seksual, kadang-kadang dengan gadis bawah umur.

Kelly, 52, penyanyi dan penerbit rekod dari Chicago yang paling terkenal kerana lagu hit ‘I Believe I Can Fly’, berulang kali menafikan tuduhan melakukan pencabulan sejak beberapa tahun lalu, termasuk tuduhan yang dibuat di dalam dokumentar­i baharu berkenaan.

Penyanyi yang memenangi anugerah Grammy itu dibicara dan dilepaskan daripada tuduhan pornografi kanakkanak di Chicago pada 2008.

Peguamnya tidak menjawab permintaan Reuters untuk membuat kenyataan tentang dokumentar­i selama enam jam ‘Surviving R.Kelly’, yang disiarkan pada minggu lepas di saluran Lifetime.

Ia memaparkan wawancara dengan beberapa wanita yang membuat dakwaan di hadapan kamera tentang penderaan seksual, mental dan fizikal oleh Kelly, selain temu ramah dengan beberapa bekas pengurus dan penerbitny­a.

Reuters tidak dapat mengesahka­n tuduhan tersebut secara bebas.

Gaga berkata dia mempercaya­i wanitawani­ta tersebut dan mendapati dokumentar­i berkenaan “mengejutka­n sama sekali”.

“Saya menyokong wanita-wanita ini 1000 peratus, percaya mereka, dan tahu mereka sedang menderita dan dalam kesakitan, dan amat merasakan suara mereka harus didengar dan diambil serius,” katanya dalam tulisannya dalam Instagram. Pelakon Pembantu Wanita, masingmasi­ng untuk ‘First Man’, ‘Vice’ dan ‘Mary Queen of Scots’.

Pemenang akan diumumkan pada 10 Februari di London. — Reuters

Gaga pada 2013 mengeluark­an lagu duet bersama Kelly berjudul ‘Do What U Want (With My Body)’.

“Saya berhasrat untuk mengeluark­an lagu itu dari iTunes dan platform striming lain dan tidak akan bekerja bersamanya lagi,” dia menulis pada Rabu.

“Saya minta maaf, di atas penilaian saya yang buruk ketika saya muda, dan kerana tidak bersuara lebih awal.”

Seorang pendakwa di Chicago pada Selasa lepas menggesa sesiapa yang mendakwa dicabul oleh Kelly untuk tampil supaya dakwaan boleh disiasat.

“Tiada apa yang dapat dibuat untuk menyiasat dakwaan ini tanpa kerjasama mangsa dan saksi. Kami tidak dapat menuntut keadilan tanpa anda,” kata Peguam Negeri Cook County, Kim Foxx, di satu sidang akhbar.

Industri hiburan di Amerika Syarikat telah digegarkan selama lebih setahun oleh puluhan dakwaan tentang salah laku seksual terhadap penerbit, pelakon dan pengarah, yang kebanyakan­nya sudah hilang pekerjaan atau dipaksa meletak jawatan. — Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia