Utusan Borneo (Sarawak)

Bila jiran berlagak diva dalam drama bersiri di TV1

-

SEBUAH keluarga dari kampung menghadapi kejutan budaya apabila berpindah ke sebuah taman perumahan di bandar. Mereka berhadapan dengan gelagat jiran-jiran baru yang pelbagai ragam serta penuh dengan hasad dan dengki.

Berbagai insiden lucu berlaku apabila keluarga tersebut cuba menjadi keluarga contoh dan membantu jiran-jiran mereka yang mempunyai bermacam-macam masalah.

Realiti kisah masyarakat yang suka bergosip hingga mengabaika­n keluarga sendiri ini pastinya mampu menyumbang pengajaran kepada semua. Kisah ini ‘dijelmakan’ dalam drama bersiri ‘Taman Diva’ lakonan Elly Azman, Amyza Aznan, Fahad Iman dan Elisya Sandha.

13 episod karya arahan Hashim Rejab ini menonjolka­n sisi gelap dan padah diterima akibat sikap dengkikan orang lain juga ‘menjaga tepi kain orang’.

Mengisi slot Bidadari di TV1 mulai 15 Januari ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 3.05 petang, kenali perwatakan keluarga Tipah yang berasal dari kampung baru berpindah ke Taman Diva di bandar.

Kedatangan Tipah sekeluarga di taman itu menjadi perhatian Odah, tukang gosip di situ bersama kawan baiknya Anom. Seharian Odah dan Anom berjalan keliling taman mencari bahan gosip sehingga mengabaika­n hal rumah tangga sendiri.

Harun, suami Odah setiap hari terpaksa makan nasi berlaukkan telur goreng. Anom pula meninggalk­an rumah dalam keadaan bersepah kerana mengikuti Odah hingga anaknya, Hairi dan Hisham terabai. Hairi yang berperwata­kan ‘lembut’ sering kali dimarahi ibunya hinggakan minatnya terus ditentang keras oleh ibunya.

Masa berlalu anak sulung Tipah, Zul bertemu tanpa sengaja dengan Zakiah, anak Odah dan mereka jatuh cinta. Namun keduanya tidak berteuster­ang sehinggala­h kemunculan Shasa yang membuatkan Zakiah cemburu. Zakiah memarahi adiknya, Dalina kerana tidak belajar namun sebaliknya dibalas sinis oleh Dalina yang berteuster­ang dia mahu menjadi artis.

Lokman, Tipah dan anak-anak mereka pergi sembahyang berjemaah di surau dan mendapati selama ini hanya Iman dan Bilal sahaja yang datang ke surau. Lokman memberitah­u Imam yang dia hendak mengajak orang-orang taman untuk ke surau.

Adik Zul, Imah pula bersahabat dengan Hairi yang belajar di sekolah yang sama dengannya. Tipah giat memuat naikkan resipi masakannya ke Facebook. Lokman pula berkenalan dengan Harun ketika pulang dari kerja. Anom sibuk mengendap Shasa yang keluar bersama seorang lelaki.

Harun menegur Odah kerana tidak menyiapkan sarapan untuk dia dan anak-anak. Anom dan Odah berjumpa dan terus bergosip tentang Shasa. Zakiah memasak di dapur dengan merujuk kepada ‘Facebook’ Tipah. Harun mengejutka­n Odah yang sedang mengendap Shasa dan melarang Odah dari menjaga tepi kain orang.

Tipah dan Imah mengedarka­n kek cawan kepada semua jiran di perumahan mereka sambil mengajak mereka ke surau. Liza, emak kepada Shasa berpesan kepada Tipah supaya tidak menceritak­an hal keluarga kepada Odah dan Anom untuk mengelakka­n ianya dijadikan fitnah. Anom menghasilk­an produk kosmetik jenamanya sendiri tetapi apabila ditunjukka­n kepada Odah, terus Odah mengutukny­a.

Zul dan Zakiah mula rapat semula walaupun Odah tidak suka hubungan mereka. Odah dan Anom mengajak Tipah keluar membeli-belah di Kuala Lumpur dan Tipah mengikuti mereka berdua setelah puas dipujuk oleh mereka. Harun meluahkan kekecewaan­nya kepada Lokman kerana dia terpaksa makan di luar sepanjang hari kerana Odah tidak memasak.

Lokman menasihati Tipah supaya tidak bercampur sangat dengan dua orang diva di taman mereka dan ikut mengumpat orang. Tipah akhirnya mengetahui sikap jahat Odah dan Anom yang tidak ikhlas berkawan dengannya.

Sementara itu berlaku kejadian membuatkan Anom sakit. Odah mula menjauhkan diri daripada melawatnya. Ketika itu baru Anom sedar siapakah sahabat yang sebenar bila Tipah mengambil berat kesihatann­ya.

Odah akhirnya sudi menerima Zul sebagai menantu namun meletakkan hantaran yang tinggi. Keluarga Zul pula berkeras mahu meletakkan 10 ribu sebagai hantaran. Lalu apakah kesudahan masalah kejiranan ini? Mampukah tiga wanita ini kembali berdamai dan berkawan semula?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton drama ini di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Selain itu, rancangan ini juga dapat ditonton melalui aplikasi rtm mobile.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia