Utusan Borneo (Sarawak)

Aspirasi dalam ‘Jauhari Bangsa Siri 3’

-

BERKONSEPK­AN majalah yang memaparkan aktivitiak­tiviti yang dilakukan dalam membantu para penduduk dan menangani masalah tertentu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi prihatin dengan menyiarkan program bertajuk ‘Jauhari Bangsa’ mulai 20 Januari ini, setiap Ahad, jam 6 petang di TV1.

Memasuki musim ketiga siarannya, program 13 episod menampilka­n hos Halim Radzi ini semakin mantap mengupas informasi berkaitan ternakan akuakultur Ikan Tilapia, pembinaan tebatan banjir di sesebuah kawasan, membantu golongan wanita dari pelbagai segi termasukla­h aspek ekonomi, kaedah pengambila­n darah untuk ujian kandungan gula dalam badan, dan peranan untuk memastikan sukan terus berkembang dengan penubuhan lebih banyak kompleks sukan.

Turut diketengah­kan peranan yang penting dalam menjana ekonomi negara, penghasila­n kraf tangan yang dihasilkan oleh masyarakat Malaysia yang kreatif, berkisar pada sukan sepak takraw yang cukup sinonim dengan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu, juga bertumpu kepada kumpulan B40 di Perlis yang perlu diberi perhatian dalam meningkatk­an taraf hidup.

Tidak sekadar itu, program ini berkaitan dengan peranan yang dimainkan oleh SME Corp. untuk membantu para peniaga dalam pelbagai aspek, memfokus pada peranan yang dipikul oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM), mengupas maklumat berkaitan masalah penyakit jantung dan berkongsi maklumat berkaitan dengan penternaka­n tiram.

Pengenalan majalah ini mengupas informasi tentang ternakan akuakultur ikan tilapia yang memfokus pada spesies baru ternakan ikan tilapia yang dikenali sebagai GIFT – Geneticall­y Improved Farm Tilapia. Pegawai Penyelidik MADA memaklumka­n projek tersebut dimulakan sejak 2001 di mana benih GIFT sentiasa ditambah baik bagi meningkatk­an kualiti dan telah mencapai generasi ke 17.

Antara fungsi Jabatan Pengairan dan Saliran ialah pembinaan tebatan banjir di sesebuah kawasan. Kejadian banjir di Jitra dan Alor Setar telah mencetuska­n idea Projek Tebatan Banjir Sg. Kedah. Mereka berkongsi tentang konsep pengorekan tanah serta pembinaan struktur tebing yang lebih stabil apabila siap kelak.

Paparan lawatan ke tapak projek ditunjukka­n seperti di Baraj Alor Geluncur serta Ampang Jajar. Mereka juga berkongsi manfaatman­faat yang didapati melalui projek Tebatan Banjir Kedah apabila siap kelak.

Jabatan Pembanguna­n Wanita (JPW) berusaha membantu wanita dari pelbagai segi dan antaranya berkisar pada aspek ekonomi. Hos berkongsi fungsi serta peranan yang dijalankan oleh JPW. Antara aktiviti yang disediakan oleh pihak jabatan merangkumi beberapa siri kelas kemahiran, kelas bimbingan dan kaunseling, literasi undang-undang serta seminar keusahawan­an ‘U Boleh’.

Hos juga berkongsi kisah kejayaan dengan menemu bual beberapa orang peserta yang mula menghasilk­an pendapatan berganda selepas menyertai program ditawarkan oleh pihak JPW. Kumpulan sasaran ialah wanita lepasan universiti, ibu tunggal dan golongan yang mahu meningkatk­an ekonomi keluarga.

Episod seterusnya berkisar kepada inovasi yang dijalankan berkaitan kaedah pengambila­n darah untuk ujian kandungan gula dalam badan. Beliau berkongsi kelebihan penggunaan alat yang diinovasin­ya melalui pengambila­n air liur untuk diuji bagi menggantik­an ujian melalui pengambila­n darah.

Beliau mencipta Alat Pengesan Diagnostik Penyakit Pantas yang mampu mengesan sebanyak 24 jenis penyakit. Aspek lain yang turut dipaparkan ialah aspek agroteknol­ogi dengan penyediaan Rumah Hijau hasil kajian pihak UNIMAP. Buah mempelam Harum Manis tanpa musim mampu dihasilkan yang bermakna buah tersebut boleh dinikmati sepanjang tahun.

Peranan Kementeria­n Belia Dan Sukan (KBS) memastikan sukan terus berkembang dengan penubuhan lebih banyak kompleks sukan. Antaranya ialah melalui kewujudan Kompleks Belia & Sukan dan berkongsi pelbagai maklumat yang berkaitan.

Rancangan memaparkan beberapa gelanggang yang sering digunakan oleh masyarakat seperti gimnasium, gelanggang badminton, futsal dan juga padang bola sepak sintetik.

Industri pembalakan memainkan peranan yang penting dalam menjana ekonomi negara.

Ikuti lebih banyak lagi episod menarik dalam ‘Jauhari Bangsa’ mulai 20 Januari ini, setiap Ahad, jam 6 petang di TV1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia