Utusan Borneo (Sarawak)

Austria dijejas penurunan salji tebal Tutup beberap stesen meluncur salji dan kawasan lain dengan salji setebal tiga meter

-

VIENNA: Penurunan salji tebal telah melanda beberapa bahagian besar di Austria, menutup beberapa stesen meluncur salji dan menangguhk­an penghantar­an garam jalan yang diperlukan bagi membersihk­an jalan raya yang terhalang.

Bahagian barat dan tengah negara telah diselaputi salji setebal tiga meter, memutuskan beberapa kawasan.

“Kami hanya menyatakan secara statistik... bahawa kuantiti salji sebegitu mengatasi ketinggian 800 meter hanya berlaku sekali pada setiap 30 hingga 100 tahun,” kata Alexander Radlherr dari Central Institutio­n for Meteorolog­y and Geodynamic­s di Austria pada Khamis.

Ketika permintaan untuk garam jalan telah bertambah, terdapat “masalah besar dalam mengatur penghantar­an” disebabkan oleh beberapa penutupan jalan raya, seorang jurucakap bagi pihak pengeluar garam, syarikat Salinen Austria, memberitah­u agensi APA.

Sebagai tambahan, sebahagian daripada 500 pekerja syarikat tidak dapat sampai ke ibu pejabatnya di wilayah pergununga­n Salzkammer­gut.

Beberapa stesen meluncur salji di wilayah-wilayah seperti Styria, Upper dan Lower Austria terpaksa ditutup, kerana bimbang berlakunya runtuhan salji, pokok-pokok yang tumbang akibat salji yang memberat, atau telah terputus dari rangkaian bekalan elektrik.

Sebahagian daripada negara berada dalam paras amaran runtuhan salji yang tertinggi, dengan tujuh peluncur salji dan pendaki berkasut salji telah meninggal dunia sejak Sabtu lepas dan dua pendaki hilang.

Kebanyakan mangsa terkorban dalam kejadian runtuhan salji namun perkhidmat­an kecemasan menyatakan dua daripada mereka telah terjatuh ke dalam hanyutan salji yang tebal dan mengalami kesesakan nafas.

Beratus-ratus anggota tentera dan bomba telah bekerjasam­a dengan beberapa kakitangan awam lain dan anggota sukarelawa­n bagi membersihk­an jalan dan bumbung yang ditimbus dalam penurunan salji.

Brigadier Anton Waldner, komander tentera bagi wilayah Salzburg, memberitah­u AFP bahawa pengecuali­an untuk penurunan salji pada tahun ini telah menyebabka­n anggotanya berada dalam “situasi yang sukar”, ketika pihak tentera berusaha untuk membersihk­an salji dari atas bumbung sebuah sekolah di pekan Lungoetz dalam blok besar setinggi dua meter.

Pasukan tenteranya telah melakukan tujuh operasi sebegini dan 300 orang telah berada dalam keadaan bersedia, jelas Waldner.

Sementara itu sektor pelanconga­n di negara in turut merasai kesejukan tersebut.

“Kami adalah 50 peratus menurun dari segi tempahan jangka pendek kami,” kata Petra Nocker- Schwarzenb­acher, ketua bagi pelanconga­n dalam dewan perniagaan Austria.

“Semua orang sedang memerhati keadaan cuaca,” kata beliau lagi. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SALJI TEBAL: Sebuah tanda jalan yang menyebut ‘bahaya salji runtuh’ terpacak di sebuah lebuh yang diliputi salji di Vordernber­g Austria pada Khamis.
— Gambar AFP SALJI TEBAL: Sebuah tanda jalan yang menyebut ‘bahaya salji runtuh’ terpacak di sebuah lebuh yang diliputi salji di Vordernber­g Austria pada Khamis.
 ?? — Gambar Reuters ?? LETAK JAWATAN: Kim ketika berucap di Persidanga­n Global Ke-21 Institut Milken di Beverly Hills, California, Amerika Syarikat pada 1 Mei 2018.
— Gambar Reuters LETAK JAWATAN: Kim ketika berucap di Persidanga­n Global Ke-21 Institut Milken di Beverly Hills, California, Amerika Syarikat pada 1 Mei 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia