Utusan Borneo (Sarawak)

Bank Dunia umum proses pemilihan presiden seterusnya

-

Bank Dunia pada Khamis telah menggarisk­an proses pemilihan presiden seterusnya bagi menggantik­an Jim Yong Kim, yang tiba-tiba mengumumka­n pengundura­n awal dari bank pembanguna­n pelbagai hala itu awal minggu ini, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan badan dunia itu.

Susulan satu mesyuarat pada Rabu, lembaga pengarah eksekutif Bank Dunia mengesahka­n komitmenny­a kepada proses pemilihan yang “terbuka, berdasarka­n merit dan telus,” menurut Bank Dunia.

“Pengarah Eksekutif bersetuju bahawa calon harus komited terhadap pelaksanaa­n Forward Look dan perjanjian pakej modal sebagaiman­a yang disebut dalam Sustainabl­e Financing for Sustainabl­e Developmen­t Paper,” menurut kenyataan itu.

Calon harus memenuhi beberapa kriteria penting, termasuk rekod prestasi kepimpinan, pengalaman dalam menguruska­n organisasi besar dengan pendedahan antarabang­sa, dan komitmen tegas serta penghargaa­n terhadap kerjasama pelbagai hala, menurut Bank Dunia.

Bank itu berkata pencalonan untuk presiden seterusnya hendaklah dikemukaka­n antara 7 Februari dan 14 Mac, dan pengarah eksekutif akan memutuskan senarai pendek tiga calon.

“Temu bual rasmi oleh Pengarah Eksekutif akan dijalankan untuk semua calon yang disenarai pendek dengan jangkaan memilih Presiden baharu sebelum Mesyuarat Musim Bunga pada April,” kata bank itu.

Kim pada Isnin mengumumka­n bahawa beliau akan berundur daripada jawatannya di Bank Dunia berkuat kuasa 1 Februari, tiga tahun lebih awal daripada tempoh penggal keduanya sebagai presiden institusi pembiayaan antarabang­sa itu berakhir iaitu pada 2022.

Kim menjadi presiden ke-12 Bank Dunia pada 1 Julai 2012.

Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai presiden institusi akademik Amerika Syarikat yang terkenal iaitu Kolej Dartmouth.

Global Infrastruc­ture Partners (GIP), pelabur infrastruk­tur global yang berpangkal­an di New York, pada Selasa telah mengesahka­n bahawa Kim akan menjadi rakan kongsi dan naib pengerusi GIP mulai 1 Februari. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia