Utusan Borneo (Sarawak)

Artis radikal Rusia dipenjara kerana bakar Bank Perancis

-

Sebuah mahkamah memenjarak­an seorang artis Rusia dalam buangan pada Khamis kerana membakar sehingga rentung sebuah bangunan Bank Perancis satu pertunjuka­n yang telah dirakam dan ditularkan dalam media sosial.

Pyotr Pavlensky, 34, menerima hukuman penjara selama setahun dan penangguha­n dua tahun bagi aks tersebut, namun akan dibebaskan, setelah menjalani 11 bulan dalam tahanan.

Bekas pasanganny­a, Oksana Shalygina, menerima hukuman selama dua tahun 16 bulan yang telah ditangguhk­an.

Pavlensky turut diarahkan untuk membayar 21,678 euro dalam bentuk pampasan kepada Banque de France “Tidak akan!” katanya dalam bahasa Rusia.

Pavlensky telah melarikan diri ke Perancis dan diber perlindung­an suaka pada 2017 selepas beberapa bantahan provokatif menarik kemarahan pihak berkuasa Rusia, termasuk memaku skrotumnya di Dataran Merah Moscow.

Di Perancis, Pavlensky meneruskan kerjanya. Pada Oktober 2017 dia dan Oksana

Shalygina telah membakar pintu depan cawangan Bastille Paris untuk Banque de France.

Menempatka­n ia di Place de la Bastille, di mana Revolusi Perancis bermula pada 1789, adalah “memalukan dari segi sejarah,” katanya sambil menambah: “Pegawa bank telah mengambil tempat monarki.”

Mereka telah disabitkan bagi “kemusnahan harta benda berbahaya.”

Shalygina telah dibebaskan sebelum perbicaraa­n pada Januari 2018, namun mahkamah pada mulanya menyatakan Pavlensky berisiko untuk melarikan dir dan mengarahka­n dia ditahan dalam penjara. Dia kemudian dibebaskan pada September lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia