Utusan Borneo (Sarawak)

21 mayat ditemui di sempadan AS-Mexico di mana Trump dijadual lawat

-

Pihak berkuasa Mexico pada Khamis berkata mereka telah menemui 21 mayat di sempadan Amerika Syarikat (AS) dan Mexico selepas satu kejadian tembak-menembak kumpulan dadah di sebuah pekan berhampira­n di mana Presiden Donald Trump telah dijadual melawat kemudian pada hari tersebut.

Mayat-mayat – sebahagian daripada mereka dalam keadaan rentung – telah ditemui pada Rabu lepas di pekan sempadan Miguel Aleman, kira-kira 170 batu dari McAllen, Texas, bandar yang dijangka dilawati oleh Trump ketika beliau meneruskan desakannya untuk membina tembok sempadan yang lama diinginkan.

“Kami mempunyai laporan terdapat satu kejadian tembak-menembak kelmarin (Rabu) antara dua kumpulan penjenayah yang berakhir dengan 21 orang terkorban,” jurucakap keselamata­n bagi wilayah Tamaulipas, Luis Alberto Rodriguez, memberitah­u rangkaian berita Mexican TV, Milenio.

“Sebahagian daripada mereka telah rentung, Tujuh kenderaan turut dikesan... ia merupakan satu konfrontas­i antara dua kumpulan bermusuhan yang terlibat dalam perang saudara bagi laluan penyeludup­an dadah.”

Pihak tentera Mexico menemui mayat di sebuah ka- wasan terpencil berdasarka­n kepada satu maklumat, jelas beliau.

Tamaulipas telah menjadi salah satu wilayah paling kejam di Mexico ketika kartel dadah yang bermusuhan telah bertempur bagi kedudukan strategikn­ya di sempadan AS.

Mexico telah digegarkan oleh keganasan berkaitan dengan dadah sejak beberapa tahun ini – sesuatu yang Trump sentuh secara tidak langsung ketika menegaskan tuntutanny­a bahawa tembok diperlukan bagi menghalang penjenayah kejam dan narkotik.

McAllen, di mana beliau telah bertemu dengan ejen pengawal sempadan, terletak bertentang­an dengan Tamaulipas.

Jabatan Negara AS telah mengemukak­an amaran perjalanan teruknya bagi wilayah itu disebabkan oleh jenayah kejam, menjelaska­n ia di samping beberapa negara seperti Iraq dan Afghanista­n.

Lebih 200,000 orang telah dibunuh di Mexico sejak kerajaan mengerahka­n pasukan tentera bagi menentang kartel dadah paling berkuasa di negara ini pada 2006, termasuk satu rekod sebanyak 28,711 pada 2017.

Jumlah awal menunjukka­n rekod homisid telah dipecahkan sekali lagi pada 2018. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia