Utusan Borneo (Sarawak)

145 kanak-kanak diberi vaksin polio telah tamat tempoh di timur China

-

SEOUL: Seorang pemandu teksi di Korea Selatan membakar diri sehingga mati untuk membantah khidmat perkongsia­n tumpangan yang sedang diperkenal­kan oleh aplikasi bualan telefon bimbit terbesar di negara itu, orang kedua yang berbuat demikian dalam tempoh sebulan.

Pemandu berusia 64 tahun itu, yang bernama Im, meletak kereta dekat kedutaan Amerika Syarikat di tengah Seoul beberapa minit sebelum kenderaann­ya dijilat api.

Pemandu itu masih sedar selepas dia keluar dari kenderaan yang terbakar itu pada petang Rabu, kata saksi, dan dibawa ke hospital berdekatan tetapi meninggal dunia beberapa jam kemudian, menurut polis, yang menjumpai botol bahan bakar yang cair di dalam kereta.

Im meninggalk­an nota bunuh diri, agensi berita Yonhap melaporkan, dan menuntut larangan ke atas apa yang dia sebut sebagai “penumpanga­n kereta yang menyalahi undang-undang”.

Dia adalah pemandu teksi kedua dalam tempoh sebulan yang membunuh diri untuk membantah khidmat perkongsia­n tumpangan yang dicipta oleh aplikasi bualan Kakao.

Syarikat perkongsia­n tumpangan telah mengurangk­an kos pengangkut­an dan meningkatk­an perkhidmat­an bagi penumpang di seluruh dunia, tetapi ketiadaan mereka adalah ketara di Korea Selatan, di mana syarikat gergasi dari Amerika Syarikat, Uber, hanya mempunyai pembabitan yang minimum.

Uber menutup khidmat perkongsia­n tumpangan utamanya pada 2015 ekoran bantahan yang meluas daripada pemandu teksi dan sekarang hanya menawarkan pemanggila­n kenderaan sewa berlesen dan teksi. — AFP

Sekurangku­rangnya 145 kanak-kanak telah diberi vaksin polio yang telah tamat tempoh di timur China, lapor media negara, di sebalik kerajaan berjanji untuk mengelak keadaan sebegini dalam industri selepas satu skandal utama pada tahun lepas.

Tiga pegawai kesihatan peringkat daerah di wilayah Jiangsu telah dipecat sejak kes itu mula diketahui ramai pada awal minggu ini – yang terbaharu mencetuska­n kebimbanga­n kesihatan awam – menurut satu pengumuman oleh kerajaan daerah Jinhu.

Ibu bapa mendapati pada awal minggu ini bahawa satu kumpulan vaksin polio untuk pemberian secara oral telah diberikan kepada kanak-kanak di sebuah fasiliti kesihatan yang diuruskan oleh pihak negeri hampir sebulan selepas tarikh luputnya pada 11 Disember, penyiaran negara CCTV melaporkan pada Khamis.

Kerajaan tempatan sejak itu mendapati 145 kanak-kanak menerima vaksin antara 11 Disember dan 7 Januari, kata CCTV, memetik seorang sumber kerajaan.

Pegawai kesihatan awam menjelaska­n bahawa vaksin yang tamat tempoh akan mengurangk­an kemujaraba­n namun tidak akan menyebabka­n kesan kesihatan yang sebaliknya.

Laman sesawang Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa mereka yang diberikan vaksin yang telah tamat tempoh “tidak mungkin akan jatuh sakit sebagai satu reaksi terhadap menerima vaksin” namun memberi amaran bahawa mereka mungkin tidak menerima imunisasi yang sepatutnya.

CCTV melaporkan beberapa ibu bapa melaporkan kesan sebaliknya di kalangan kanakkanak, termasuk muntah dan sering mengantuk, namun ia adalah tidak jelas sekiranya ini adalah hanya satu kesan alergi yang biasa terhadap ubat-ubatan.

Beijing mengumumka­n satu pembersiha­n di seluruh negara terhadap industri vaksin di negara ini pada tahun lepas selepas didapati bahawa sebuah pengeluar utama vaksin rabies di China telah merekareka rekod.

Pihak berkuasa mengekalka­n kenyataan bahawa vaksin rabies yang terjejas tidak memasuki pasaran, namun kes itu telah mencetuska­n kemarahan umum bagi masalah keselamata­n yang kerap berlaku melibatkan makanan, ubat-ubatan dan produk lain yang bertoksik di sebalik tindakan kerajaan yang kerap dilakukan.

Selain tiga pegawai kesihatan daerah Jinhu yang telah dipecat, lima orang lagi kakitangan tempatan sedang dalam siasatan, menurut kerajaan wilayah.

Vaksin telah diarahkan ditutup dan pihak wilayah melancarka­n pemeriksaa­n terhadap semua jabatan yang berkaitan dengan kesihatan.

Vaksin polio disediakan secara percuma oleh kerajaan bagi kanak-kanak berusia antara dua bulan dan empat tahun.

Panggilan dari AFP kepada kerajaan Jinhu tidak dijawab. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia