Utusan Borneo (Sarawak)

Aktivis hak asasi Colombia dibunuh setiap dua hari pada 2018: Ombudsman

-

Seorang aktivis hak asasi manusia atau ketua sosial telah dibunuh setiap dua hari di Colombia pada tahun lepas, satu peningkata­n sebanyak 36.5 peratus pada 2017, kata ombudsman pada Khamis.

“Pada tahun 2018 terdapat 172 pembunuhan melibatkan ketua sosial dan aktivis hak asasi manusia,” kata Defensoria del Pueblo (pertahanan rakyat) dalam satu kenyataan.

Itu adalah lebih 46 berbanding pada 2017 di sebuah negara yang dimusnahka­n oleh konflik bersenjata pelbagai pihak selama setengah abad melibatkan gerila Marxis, pengedar dadah, anggota separa tentera dan pasukan bersenjata.

Sejak 2016, ombudsman berkata 431 aktivis telah terkorban, majoriti berasal dari komuniti peribumi, kulit hitam dan golongan biasa.

Ombudsman Carlos Alfonso Negret menyuaraka­n “kebimbanga­nnya’ mengenai tahap risiko yang dihadapi oleh aktivis dan mengecam fakta bahawa jenayah ini “telah dilakukan dalam penglihata­n sepenuhnya oleh pihak berkuasa.”

Keadaan tidak berubah pada awal 2019, dengan ombudsman melaporkan tujuh pembunuhan sebegitu antara 1 hingga 8 Januari.

Kerajaan presiden sayap kanan Ivan Duque telah berjanji akan melaksanak­an langkah-langkah bagi menghalang jenayah ini, yang mencetuska­n bantahan jalanan besar-besaran pada tahun lepas.

Pada bulan lepas National Indigenous Organizati­on (NIO) menyatakan sejak Duque memegang jawatan pada Ogos, keganasan terhadap pemimpin mereka semakin bertambah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia