Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat Portugal wajib ambil pekerja kurang upaya

-

Syarikat awam dan swasta Portugal yang bersaiz sederhana dan besar diwajibkan mengambil antara satu dan dua peratus pekerja daripada golongan kurang upaya, lapor agensi berita China Xinhua memetik satu penerbitan undangunda­ng pada Khamis.

Menurut undang-undang baharu itu, yang mewujudkan sistem kuota pekerjaan bagi golongan kurang upaya dengan tahap keupayaan bersamaan atau melebihi 60 peratus, semua syarikat sama ada awam atau swasta, bersaiz sederhana atau be- sar, wajib mematuhi kuota tersebut mulai 1 Februari.

Perusahaan sederhana dengan tenaga kerja antara 75 dan 100 orang hendaklah menggaji sekurang-kurangnya satu peratus pekerja kurang upaya manakala perusahaan besar dengan lebih 100 pekerja dikehendak­i menggaji sekurang-kurangnya dua peratus.

Bagi mematuhi undangunda­ng baharu itu, satu tempoh peralihan selama lima tahun dibenarkan bagi syarikat bersaiz sederhana dan empat tahun bagi syarikat besar.

Portugal telah berada di landasan pemulihan ekonomi perlahan sejak ia keluar daripada program penyelamat­an bernilai 78 bilion Euro yang ditandatan­ganinya dengan peminjam antarabang­sa pada Mei 2014 dan kadar penganggur­an di negara itu telah menurun dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Undang-undang baharu itu dilihat sebagai satu kaedah mempromosi peluang pekerjaan bagi golongan kurang upaya dalam situasi semasa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia