Utusan Borneo (Sarawak)

Kembangkan penerokaan produk halal ke Jepun

Rebut peluang kerana permintaan produk halal di Jepun tinggi, terutama menjelang Sukan Olimpik 2020

-

KUALA LUMPUR: Syarikat Malaysia diminta merebut peluang ke atas permintaan produk halal yang tinggi di Jepun, terutama menjelang Sukan Olimpik 2020, Julai hingga Ogos tahun hadapan.

Presiden Pertubuhan Usahawan Agro Malaysia, Datuk Seri G. Gnanaraja, berkata Jepun menyasarka­n kemasukan lebih 40 juta pelancong sempena penganjura­n Sukan Olimpik, dengan sebahagian daripadany­a terdiri daripada pelancong beragama Islam.

Justeru, dalam satu kenyataan pada Khamis, beliau menggesa usahawan tempatan memasuki pasaran halal Jepun secara agresif, khususnya segmen makanan dan minuman.

“Permintaan bertambah ketika Jepun membuat persediaan kemasukan pelancong luar yang dijangka meningkat tahun ini sehingga Sukan Ol- impik nanti.

“Jepun yang memberi tumpuan untuk melonjakka­n angka kemasukan pelancong ke negara itu, menyasarka­n untuk memanfaatk­an Sukan Olimpik Musim Panas 2020 bagi menarik sejuta pelancong beragama Islam setahun,” katanya.

Gnanaraja berkata Malaysia mempunyai ramai usahawan yang mengusahak­an produk halal yang dilihat bersesuaia­n untuk tujuan eksport, sejajar dengan usaha untuk memastikan produk halal dari negara ini mendapat pasaran meluas di Jepun menjelang sukan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau meminta semua usahawan agar memastikan produk yang mereka hasilkan mampu memenuhi kriteria untuk dieksport ke luar negara.

“Sekiranya kita mahu menembusi pasaran antarabang­sa, usahawanpe­rlumelihat­kembali produk mereka dan melakukan perubahan, termasuk kualiti produk, pembungkus­an dan maklumat nutrisi.

“Syarikat Malaysia perlu memastikan bahawa produk mereka memenuhi keperluan persijilan dan piawaian yang ditetapkan bagi memasarkan produk halal mereka di negara itu,” katanya.

Malaysia mengekspor­t produk halal bernilai RM42.2 bilion pada 2016, peningkata­n 7.1 peratus daripada 39.4 bilion pada tahun sebelumnya.

Jepun ialah destinasi eksport halal keempat terbesar negara pada 2016, bernilai RM2.67 bilion, peningkata­n 20.8 peratus berbanding RM2.21 bilion pada 2015.

Pada 2017, Jepun ialah rakan dagangan keempat terbesar selepas China, Singapura dan Amerika Syarikat (AS), dengan nilai dagangan sebanyak RM138.5 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia