Utusan Borneo (Sarawak)

Mengekal jualan, margin keuntungan kebimbanga­n utama PKS: CTOS

-

Mengekalka­n margin jualan dan keuntungan merupakan kebimbanga­n utama dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), selain mendapatka­n pelanggan baharu, kata agensi pelaporan kredit swasta terbesar di Malaysia, CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS).

Dalam kaji selidik untuk sektor itu baru-baru ini, ia berkata sentimen itu adalah menyeluruh dan meliputi industri pengedaran, pem- buatan, pembinaan dan kewangan.

“Dengan 37.1 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia ( KDNK) disumbangk­an oleh PKS, isu-isu yang memberi kesan kepada mereka pasti akan menjejaska­n Malaysia secara keseluruha­n.

“Kami melihat isu seperti harga dan persaingan berada dalam senarai terbawah yang bemakna sektor PKS mahu mengukuh kedudukan pada 2019, berbanding melakukan pengembang­an,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CTOS, Dennis Martin dalam kenyataan semalam.

Isu-isu aliran tunai merupakan kebimbanga­n kedua terbesar, dengan 37 peratus responden mengakui ia merupakan masalah utama, yang mengukuhka­n lagi teori bahawa PKS merasai kesulitan kewangan manakala organisasi yang lebih besar mungkin berusaha kerjas untuk memenuhi komitmen mereka.

Dennis berkata bagi isu lain membabitka­n ‘ dasar kerajaan’, hanya satu perlima daripada PKS menyatakan kebimbanga­n mereka.

Belanjawan 2019 barubaru ini memperuntu­kkan RM17.94 bilion untuk pembanguna­n PKS menerusi Fokus Ketiga: Memupuk Ekonomi Keusahawan­an, termasuk pembiayaan, Industri 4.0, eksport, pelanconga­n, pertanian, keusahawan­an, pembanguna­n modal insan dan insentif. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia