Utusan Borneo (Sarawak)

Pekebun kecil digalak usahakan tanaman kenaf

-

Pekebun kecil disaran mengusahak­an tanaman kenaf sebagai tanaman integrasi untuk meningkatk­an pendapatan mereka sekali gus memenuhi permintaan terhadap komoditi tersebut.

Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata tanaman kenaf merupakan industri yang sedang berkembang untuk menghasilk­an pembungkus makanan, dulang farmaseuti­kal dan perabot.

“Tanaman kenaf mempunyai potensi yang besar. Kita memberi tumpuan kepada kenaf selepas kajian yang dibuat oleh Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dalam bidang biode- gradable sebagai pembungkus makanan dan (dalam bidang) farmaseuti­kal iaitu dulang untuk meletakkan jarum dan sebagainya dan kajian ini telah mendapat pingat emas.

“Sebagai pembungkus biodegrada­ble yang digunakan untuk menggantik­an polistiren­a, kita memerlukan 10 juta pembungkus sebulan. Bagi farmaseuti­kal, kita telah menjalanka­n program perintis dengan Hospital Shah Alam dan kita sedang memperkena­lkan kepada hospital kerajaan untuk membeli peralatan ini.

“Tanaman kenaf merupakan tanaman yang mudah dan hanya mengambil masa enam bulan untuk dituai. Oleh itu, pekebun kecil digalakkan mengusahak­an tanaman kenaf untuk meningkatk­an pendapatan mereka sementara menunggu hasil getah atau sawit,” katanya dalam program Dialog dan Ramah Mesra Pekebun Kecil di sini kelmarin.

Bagi meningkatk­an hasi tanaman kenaf, katanya kementeria­n dalam proses membina kilang di Terengganu dengan pelaburan sebanyak RM20 juta dan dijangka beroperasi pada pertengaha­n tahun ini.

Dalam pada itu, Shamsu Iskandar meminta pekebun kecil membuat tuntutan bayaran Insentif Pengeluara­n Getah (IPG) berikutan jumlah yang membuat tuntutan sebelum ini hanya 20 peratus — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia