Utusan Borneo (Sarawak)

Poh Kong peruntuk sehingga RM15 juta buka kedai baharu

-

Rangkaian runcit barang kemas, Poh Kong Holdings Bhd memperuntu­kkan perbelanja­an modal antara RM9 juta dan RM15 juta untuk membuka tiga kedai baharu pada tahun ini.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Choon Yee Seiong berkata daripada jumlah perbelanja­an modal itu, RM3 juta hingga RM5 juta akan digunakan untuk setiap kedai itu, yang terletak di IOI Mall Puchong, AEON Nilai dan South Key Mall di Johor.

“Dengan kedai baharu ini, Poh Kong kini mempunyai 95 rangkaian di seluruh negara di bawah pelbagai jenama termasuk kedai konsep runcit,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Hal Ehwal Korporat, Pentadbira­n dan Sumber Manusia Margaret Hon berkata harga emas dijangka antara AS$ 1,300 dan AS$1,400 satu auns pada tahun ini.

Beliau berkata ini disebabkan faktor luaran seperti jangkaan perang perdaganga­n AS- China, kenaikan kadar faedah AS, turun naik mata wang, sentimen pengguna dan ketidakten­tuan pasaran.

“Bagaimanap­un, kami yakin untuk mengekalka­n prestasi tahun kewangan 2018 berakhir 31 Julai, 2018 bagi tahun kewangan 2019, susulan kini kita dapat melihat ekonomi mula meningkat, dan dengan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS,” katanya.

Bagi tahun kewangan 2018, Poh Kong mencatatka­n pendapatan lebih tinggi sebanyak RM1.003 bilion berbanding RM876.99 juta pada tahun sebelumnya, didorong oleh permintaan pengguna yang meningkat terhadap barang kemas, produk pelaburan berkaitan emas dan sumbangan daripada rangkaian baharu dan sedia ada.

Keuntungan selepas cuka 20.75 peratus lebih rendah kepada RM23.40 juta pada tahun kewangan 2018 berbanding RM29.52 juta pada tahun kewangan 2017, disebabkan turun naik harga emas dan ringgit rendah.

Dalam perkembang­an lain Pengurus Pemasaran Elizabeth Choon berkata syarikat akan terus mempamerka­n produk yang sesuai untuk keadaan ekonomi semasa dan permintaan pasaran, dalam rantaian runcit barang kemas dan platform dalam talian untuk meningkatk­an jualan.

“Setakat ini, rantaian runcit kami menyumbang lebih kepada pendapatan kami manakala platform dalam talian menyumbang kurang satu peratus,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DILANCARKA­N: Gobind ( tengah) diiringi Pengerusi Celcom Axiata Berhad Tan Sri Jamaludin Ibrahim ( kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Idham Nawawi ( kiri) ketika beliau tiba di Pelancaran Ibu Pejabat Baharu Celcom di Seksyen 52, kelmarin.
— Gambar Bernama DILANCARKA­N: Gobind ( tengah) diiringi Pengerusi Celcom Axiata Berhad Tan Sri Jamaludin Ibrahim ( kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Idham Nawawi ( kiri) ketika beliau tiba di Pelancaran Ibu Pejabat Baharu Celcom di Seksyen 52, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia