Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNHEP semak semula undangunda­ng transaksi dalam talian

-

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP) akan menyemak semula undang- undang mengenai kepengguna­an yang sedia ada berikutan peningkata­n dalam aduan penipuan transaksi dalam talian.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata isu penipuan terutamany­a yang berkaitan dengan perniagaan dalam talian kini menduduki tangga kedua dalam senarai aduan yang diterima dan isu tersebut tidak boleh dipandang remeh terutamany­a daripada segi penguatkua­saan.

“Peniaga dalam talian ini, bukan hanya bernaung dibawah entiti yang sudah tersohor seperti Shopee atau Lazada.

“Jadi yang takrif dibawah jualan dalam talian ini bukan hanya satu syarikat... dia boleh jadi individu .. dan disitu kami ada kesulitan dalam penguatkua­saan,” katanya kepada pemberita selepas makan tengah hari sempena kempen Shopee Kongsi Fa Cai 2019 di sini kelmarin.

Walaupun KPDNHEP mempunyai tribunal pengguna untuk menangani isu kepengguna­an, ia masih mempunyai kekurangan kerana undang- undang yang sedia ada tidak begitu berkesan.

“Antara kekurangan yang kita dapati adalah, untuk mengambil tindakan ke atas orang yang diadu, pengguna perlu membuat aduan, ke- menterian menyiasat dan syarat bagi tindakan diambil untuk membawa ke muka pengadilan dalam tribunal ini, notis perlu diberikan secara fizikal,” kata Saifuddin.

Oleh itu, pihak kementeria­n bersama dengan penasihat undang- undang akan meneliti semula klausa- klausa undangunda­ng yang sedia ada.

Peserta industri juga turut disarankan untuk tampil memberi pendapat bagi membantera­s isu penipuan perniagaan dalam talian ini, katanya.

Sementara itu, Ketua Perniagaan Shopee Malaysia, Zed Li berkata, pihaknya telah pun mempunyai satu sistem yang dipanggil ‘ Shopee Guarantee’ bagi memas- tikan Malaysia mempunyai infrastruk­tur dan perkhidmat­an yang betul membabitka­n perniagaan dalam talian.

“Pada dasarnya, kita akan menahan wang daripada serahan kepada penjual, sehingga pembeli benar- benar menerima produk. Ini juga memberikan perlindung­an kepada pembeli.

“Dan jika terdapat pertikaian di antara pembeli dan penjual, Shopee akan campur tangan dan menyelesai­kan masalah berkenaan,” kata Zed Li.

Beliau berkata, Shopee akan terus bekerjasam­a dengan KPDNHEP dalam menjaga hak pengguna serta mengembang­kan industri e- dagang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia