Utusan Borneo (Sarawak)

Sasad keluaran Keningau hasilkan tapai berkualiti

-

Minuman tapai (arak beras) yang dihasilkan di daerah ini oleh masyarakat Kadazandus­un dan Murut ( KDM) terkenal di Sabah kerana ramuan ‘sasad’ atau ragi yang berkualiti.

Menghasilk­an tapai yang berkualiti tidak semudah seperti yang difikirkan kerana ia memerlukan kemahiran dan kepakaran dalam menyediaka­n ramuan asas seperti beras serta sasad sebagai bahan pencerna.

“Ia sangat rumit kerana pembuat sasad harus mematuhi beberapa pantang larang. Jika pantang larang tidak dipatuhi, sasad tidak akan menghasilk­an tapai yang berkualiti...tapai itu kemungkina­n bertukar asam (masam) dan tidak boleh digunakan,” kata seorang pembuat tapai, Juraidah Jauhin, 36, kepada Bernama di sini.

Menurut Juraidah, antara pantang larang yang wajib dipatuhi sebelum menyiapkan sasad ialah pembuat dilarang menyentuh segala buah-buahan yang masam, selain tidak boleh diganggu atau terlibat dalam sebarang situasi tegang seperti bertengkar sekurangku­rangnya seminggu sebelum sasad itu diproses.

Juraidah berkata menurut kepercayaa­n etnik KDM, amalan ritual wajib dilakukan oleh pembuat tapai untuk menghasilk­an sasad yang berkualiti.

“Sasad yang terbaik adalah rahsia utama untuk menghasilk­an tapai yang berkualiti... sasad terbaik di Sabah hanya boleh diperoleh di daerah ini,” katanya.

Juraidah yang turut mem- buat dan menjual sasad berkata, bahan itu laris dijual di daerah ini khususnya menjelang Pesta Kaamatan, Krismas dan setiap hujung tahun.

“Menjelang perayaan pesta Kaamatan, saya memperoleh pendapatan sehingga RM3,000 sebulan tetapi pada bulan-bulan biasa pendapatan sekitar RM1,300. Pendapatan ini cukup memadai untuk keluarga kecil seperti saya,” kata ibu kepada seorang anak itu.

Juraidah yang mewarisi kepakaran membuat sasad daripada nenek moyangnya berkata setiap sebiji sasad seberat 300 gram dijual pada harga RM3 sebiji.

Selain itu, beliau juga berniaga beras di pasar minggu Keningau yang memberi pendapatan sehingga RM7,000 sebulan. — Bernama

 ??  ?? TIADA KECEDERAAN: Tiga rumah kayu musnah dalam kebakaran di Kampung Tg Kapur Semporna.
TIADA KECEDERAAN: Tiga rumah kayu musnah dalam kebakaran di Kampung Tg Kapur Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia