Utusan Borneo (Sarawak)

Curi air: 19 sambungan haram tanpa meter dikesan

-

Sebanyak 19 sambungan haram tanpa meter dikesan di kawasan Kampung Karamuntin­g Jalan Batu Sapi dan jalan Trig Hill di sini pada Rabu.

Jurutera Air Bahagian Sandakan Ishar Hamka Ismail berkata penyambung­an haram itu dikesan pihaknya semasa membuat operasi pemantauan berikutan menerima maklumat berlakunya kegiatan curi air di kawasan terbabit.

“Pada Rabu, pihak Jabatan Air Sandakan telah mendapat maklumat berlakunya kegiatan curi air di kawasan Kg Karamuntin­g, Jln Trig Hill dan bangunan Blok B Flat Sim Sim.

“Setelah menjalanka­n siasatan dengan bantuan pihak Salcon Engineerin­g di kawasan itu, sebanyak 18 sambungan haram tanpa meter telah dikesan di kawasan Kg Karamuntin­g yang disambung secara terus dari paip utama GI 2 inci menggunaka­n poly paip 1/2 inci.

“Sementara satu sambungan haram tanpa meter juga dikesan oleh pihak Jabatan Air di kawasan jalan Trig Hill yang disambung secara terus dari paip utama MSCL 100mm menggunaka­n poly paip 1/2 inci dan satu sambungan secara terus dari stand paip GI 2 inci,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Ishar berkata tindakan pemotongan ke atas kesemua sambungan haram itu telah diambil oleh pihak Jabatan Air bermula dari jam 9 pagi dan berakhir kira-kira jam 12.15 tengah hari dengan bantuan Salcon Engineerin­g dan kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Air.

Kesalahani­tuadalahme­ngikut Seksyen 49 (b) dan Seksyen 53 Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah 2003, yang boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara dua tahun.

Sehubungan itu katanya, pihak Jabatan Air menegaskan agar semua pengguna dapat mematuhi undang- undang sebagaiman­a yang telah dinyatakan dalam Enakmen Bekalan Air 2003 atau berdepan denda yang berat jika didapati melakukan kesalahan.

“Pihak kita juga memohon kerjasama daripada orang ramai untuk memaklumka­n sekiranya berlaku sebarang kes kecurian atau kebocoran paip air segera melaporkan ke talian hotlineJab­atan Air Sandakan di 1 300 8888 55.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia