Utusan Borneo (Sarawak)

PROJEK PENSEL BANTU PEMUDA OKU TABAH SEKOLAHKAN ADIK-ADIK •

-

MESKIPUN dirinya tidak memiliki pendidikan dan ilmu pengetahua­n ditambah dengan kekurangan­nya, namun bagi seorang abang yang kurang upaya (OKU), beliau harus tabah untuk menjaga dua adik perempuann­ya dan memastikan mereka terus bersekolah hingga ke peringkat tertinggi.

Walaupun beliau seorang OKU, namun anak sulung tiga beradik, Delferson Kihem, 25, tetap mahu menyekolah­kan dua adiknya hingga berjaya dengan melakukan apa jua kerja termasuk membaiki motosikal bagi menyara mereka tiga beradik.

Tanpa pekerjaan tetap, Delferson yang tidak dapat berjalan dengan baik dan lebih banyak mengengsot, terpaksa bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menampung keperluan dan perbelanja­an.

Tiga beradik itu terkontang­kanting di rumah mereka di Rumah Lada, Skim Melugu, Sri Aman, sejak kematian bapa mereka pada 11 September, 2012 dan ibu mereka pada 13 September, 2017.

“Kadang-kadang ada juga saudara dan rakan-rakan yang mengenali datang berjumpa dengan saya untuk memberikan kerja dengan membaiki motosikal mereka.

“Kebanyakan mereka yang datang ini pada dasarnya ingin membantu kerana bersimpati dengan kehidupan kami tiga beradik yang tiada lagi ibu bapa tempat bergantung,” katanya.

Menurut Delferson, adik perempuann­ya Fensurin Kihem, 19, kini belajar di sebuah institut pendidikan swasta di Kuching dalam peringkat diploma.

Manakala adik bongsu Elviana Meriam Kihem, 15, pula bakal menghadapi peperiksaa­n umum PT3 tahun ini.

Beliau telah mendapat perhatian daripada pasukan Projek Pensel, iaitu projek kemasyarak­atan yang diwujudkan Norina Umoi Utot untuk membantu golongan kurang bernasib baik dan miskin yang mempunyai anak-anak bersekolah serta memerlukan bantuan.

Norina mengetuai sendiri pasukan tersebut melawat sambil menyerahka­n bantuan kepada tiga beradik yatim piatu itu di rumah peninggala­n ibu bapa mereka, baru-baru ini.

“Sejak ibu bapa kami meninggal dunia beberapa tahun lalu, hanya saya tempat adikberadi­k bergantung hidup sepenuhnya.

“Seboleh mungkin saya melakukan yang terbaik untuk memikul tanggungja­wab sebagai ketua keluarga dan memastikan kedua-dua adik saya meneruskan persekolah­an mereka, meskipun berdepan pelbagai cabaran dan kerap kali kesuntukan belanja.

“Nasih baik Elviana berjaya mendapat biasiswa yang membantu meringanka­n beban saya setiap sesi persekolah­annya bermula.

“Saya amat berharap kedua-dua adik saya berjaya dalam pelajaran dan kehidupan mereka dengan memperoleh­i pekerjaan yang baik, memandangk­an saya sendiri tidak berjaya sampai ke tahap mereka hari ini,” katanya sebak.

Sementara itu Norina, semasa bertemu dengan dua beradik terbabit di kediaman mereka, turut menghulurk­an sumbangan peribadi berbentuk wang tunai, di samping bantuan Projek Pensel berupa keperluan pembelajar­an termasuk beg sekolah.

Manakala Fesurin berada di Kuching kerana sedang belajar dan tinggal bersama saudara mereka di sana.

“Lawatan seperti ini salah satu inisiatif yang dilaksanak­an pasukan Projek Pensel bertujuan membantu golongan pelajar kurang bernasib baik dan keluarga miskin.

“Kita akan memberikan bantuan berupa keperluan persekolah­an untuk memberi semangat kepada mereka meneruskan persekolah­an tanpa berasa malu kerana tidak memiliki keperluan sekolah,” katanya.

Pada masa sama, beliau memberitah­u projek ini turut menggalakk­an murid-murid dari golongan memerlukan ini untuk berjaya dalam persekolah­an mereka dan tidak menjadikan kemiskinan atau kekurangan dalam kehidupan mereka sebagai halangan untuk memperoleh­i pendidikan yang baik.

“Pasukan Projek Pensel ini pula sedaya upaya untuk sampai kepada kumpulan sasaran ini di kawasan Sri Aman, untuk bersama-sama berganding bahu dengan masyarakat membantu meringanka­n beban ibu bapa miskin yang mempunyai anak-anak bersekolah sama ada di peringkat rendah mahupun menengah,” tambah beliau lagi.

Pada masa sama, Norina dan pasukan Projek Pensel turut memberi galakan dan nasihat kepada anak-anak yatim piatu supaya tidak mudah patah semangat, sebaliknya terus cekal berdepan cabaran hidup.

“Hanya mereka yang bersemanga­t kuat boleh berjaya dalam kehidupan dan jangan sesekali meninggalk­an persekolah­an sebelum waktunya, kalau boleh, kerana pendidikan amat penting dalam membawa hala tuju anda pada masa hadapan serta boleh mengubah keadaan hidup yang sukar ketika ini,” ujar beliau lagi.

 ??  ??
 ??  ?? GALAKAN: Norina menyerahka­n beg sekolah serta peralatan persekolah­an kepada Elviana. SIMPATI: Norina menyerahka­n sumbangan peribadi beliau kepada Delferson sambil disaksikan Elviana (dua kanan).
GALAKAN: Norina menyerahka­n beg sekolah serta peralatan persekolah­an kepada Elviana. SIMPATI: Norina menyerahka­n sumbangan peribadi beliau kepada Delferson sambil disaksikan Elviana (dua kanan).
 ??  ?? INISIATIF: Pasukan Projek Pensel sentiasa komited untuk membantu golongan pelajar yang memerlukan bantuan terutama dari kalangan keluarga miskin. Kelihatan Norina (tiga kiri) mengetuai pasukannya bergambar bersama Elviana di hadapan rumahnya di Rumah Lada, Skim Melugu, Sri Aman.
INISIATIF: Pasukan Projek Pensel sentiasa komited untuk membantu golongan pelajar yang memerlukan bantuan terutama dari kalangan keluarga miskin. Kelihatan Norina (tiga kiri) mengetuai pasukannya bergambar bersama Elviana di hadapan rumahnya di Rumah Lada, Skim Melugu, Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia