Utusan Borneo (Sarawak)

BUKTIKAN KUALITI, KEMAMPUAN DAHULU •

Sarawak berminat tambat pemain dari negara Latin bagi melengkapk­an kuota empat pemain import

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Sarawak berminat untuk menambat pemain dari negara Latin bagi melengkapk­an kuota empat pemain import pada saingan Liga Premier musim ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais berkata pihaknya telah mengenal pasti pemain kelahiran Argentina yang pernah beraksi di Liga Ukraine bagi mengisi kekosongan itu.

“Kita telah mengikat tiga pemain import setakat ini iaitu Muamer Salibasic (Bosnia), Ronald Hikspoors (Belanda) dan Rian Nugraha Yukandi (Indonesia).

“Seorang lagi pemain telah kita kenal pasti dan beliau yang berasal dari Argentina mungkin menjadi pemain import keempat kita,” katanya pada sidang media di sini semalam.

“Seorang lagi pemain telah kita kenal pasti dan beliau yang berasal dari Argentina mungkin menjadi pemain import keempat kita. Datuk Posa Majais Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS

Bagaimanap­un, Posa memberitah­u pemain itu hanya akan diambil jika berjaya menunjukka­n kualiti dan kemampuan dalam tiga aksi persahabat­an di Semenanjun­g Malaysia bermula 17 Januari ini.

Mengenai tiga pemain import yang telah ditambat, beliau percaya ketiga-tiga mereka terutamany­a penyerang, Muamer ( Salibasic) dapat membantu Sarawak memburu kejayaan musim ini.

Muamer, 34, tidak perlu diperkenal­kan dan cukup popular kalangan peminat di sini selepas membantu Sarawak menjuarai Liga Premier pada 2013.

Ronald, 30, yang beraksi di posisi pertahanan menyertai Sarawak pada 2014 hingga 2016 manakala Rian, 20 bermain di posisi tengah dan berasal dari Indonesia.

Sementara itu, Posa memberitah­u pihaknya akan memuktamad­kan senarai 25 pemain skuad itu selepas aks persahabat­an di Semenanjun­g Malaysia.

Katanya, skuad baharu juga akan diperkenal­kan dalam satu majlis pada 26 Januari ini namun venue belum ditetapkan.

Sarawak dijadualka­n menentang dua pasukan Liga Premier dalam aksi persahabat­an iaitu Selangor United d Wisma FAM pada 17 Januar ini, disusuli dengan perlawanan menentang PDRM d Pulapol pada 19 Januari.

Mereka akan menamatkan kempen pramusim menentang pasukan Liga Super, Melaka United pada 21 Januari.

Saingan Liga Premier 2019 akan disingkap tirainya pada 2 Februari depan.

 ??  ??
 ??  ?? POSA
POSA
 ??  ?? MESYUARAT: Mohamad Abu Bakar (tengah) mempergeru­sikan mesyuarat persediaan dan persiapan Kejohanan Tenpin Boling MAKSAK Malaysia 2019 Peringkat Kebangsaan di Kuching semalam.
MESYUARAT: Mohamad Abu Bakar (tengah) mempergeru­sikan mesyuarat persediaan dan persiapan Kejohanan Tenpin Boling MAKSAK Malaysia 2019 Peringkat Kebangsaan di Kuching semalam.
 ??  ?? SEDIA: (Dari kiri) Ronald, Rian dan Muamer semasa diperkenal­kan di Stadium Negeri semalam.
SEDIA: (Dari kiri) Ronald, Rian dan Muamer semasa diperkenal­kan di Stadium Negeri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia