Utusan Borneo (Sarawak)

PEMBANGUNA­N KEUTAMAAN GPS

Supaya rakyat Sarawak hidup tenteram, aman sekali gus meningkatk­an taraf kehidupan mereka.

- Oleh Abang Ismail Abang Su'ud

BINTULU: Kepimpinan negeri ini telah dewasa dan dapat berfikir sendiri dalam merancang bagaimana meneruskan usaha Tok Nan (bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem) mempertaha­n hak-hak Sarawak yang terhakis.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata keutamaan perjuangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kini adalah membangunk­an Sarawak supaya rakyat berbilang kaum dan agama dapat hidup tenteram dan aman sekali gus meningkatk­an taraf kehidupan mereka.

"Ini kerja kita, dengan ini kita ucap tahniah kepada Ahli Yang Berhormat, rakan-rakan wanita meninggalk­an keluarga masingmasi­ng menjelajah bersama GPS dari Lawas ke Limbang seterusnya ke Miri, Bintulu dan seluruh Bumi Kenyalang," katanya semasa menyambut ketibaan rombongan Jelajah Bendera Gabungan Parti Sarawak (GPS) diketuai Ketua Pemuda GPS merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu di Dewan Suarah Bintulu semalam.

Pengerusi GPS itu mengucapka­n tahniah kepada seluruh anggota rombongan yang bersemanga­t dan berjuang untuk Sarawak pada Jelajah Bendera GPS itu.

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) merangkap Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing mengalualu­kan ketibaan rombongan dan mengucapka­n tahniah kepada rombongan Jelajah Bendera GPS itu.

"Jelajah ini sungguh hebat, kreatif dan proaktif mempromosi GPS untuk rakyat seluruh Sarawak namun kita perlu membuktika­n dan memberi sokongan kuat membela nasib rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Gerald berkata rombongan jelajah itu bermula di Lawas, Limbang dan Miri dengan perjalanan memakan masa lebih daripada 12 jam dengan pengangkut­an bas.

“Hari ini sangat hebat kerana adanya Ketua Menteri bersama kita. Ini amat bersejarah, semalam kita memperkena­lkan logo, lagu dan perjuangan kita dalam GPS.

"Yang paling penting kita empat parti asal Sarawak mempertaha­nkan Sarawak. Ini adalah barisan hadapan bagi empat parti bergabung memperjuan­g hak rakyat Sarawak.

"Berilah sokongan padu kepada kita, sebagai anak muda Sarawak memang kita menerima baik, mendengar harapan dan impian rakyat Sarawak khasnya generasi muda mempertaha­n keharmonia­n, kekayaan, kemajuan, keamanan dan perpaduan di Sarawak.

"Semua rombongan dan ketua cawangan parti perlu bersatu padu, menyokong kuat sekali gus berterima kasih kepada veteran kita mempertaha­nkan Sarawak dengan titik peluh, khidmat dan semangat membawa kita lebih berkepimpi­nan," katanya.

Beliau berkata, GPS sebagai peneraju komited memberikan perkhidmat­an terbaik, menjaga hak terhakis, mengutamak­an Sarawak dan membawa lebih banyak pembanguna­n di negeri ini.

"Bintulu mempunyai simpanan gas terbesar dan ada Bakun di sini, jadi lindunginy­a, jangan dikacau orang lain.

“Namun, kita mesti bekerja keras menjadikan GPS satu entiti menjaga keutamaan rakyatnya," jelas beliau.

 ??  ?? GPS TERBAIK: Rombongan Jelajah GPS diketuai Gerald (tengah) bersama Abang Johari, Tiong (tengah) serta perwakilan parti komponen pada Jelajah Bendera GPS di Bintulu semalam.
GPS TERBAIK: Rombongan Jelajah GPS diketuai Gerald (tengah) bersama Abang Johari, Tiong (tengah) serta perwakilan parti komponen pada Jelajah Bendera GPS di Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia