Utusan Borneo (Sarawak)

Bayi didera pengasuh disahkan mati otak

Ibu bapa mangsa belum sedia hentikan mesin alat sokongan hayat bayi mereka semalam

- Oleh Michael Ubam

Keputusan hasil ujian ke atas otak mangsa (bayi) untuk kali kedua masih

“kekal sama (kematian otak) jam 9.10 pagi tadi (semalam).

ACP Stanley Jonathan Ringgit Ketua Polis Daerah Daerah Sibu

SIBU: Bayi berumur sembilan bulan yang dalam keadaan kritikal selepas didera seorang pengasuh di Jalan Permaijaya Isnin lalu, disahkan mati otak.

Bagaimanap­un, ibu bapa kepada Aariz Harraz Zahin Azman (gambar), bayi disyaki didera seorang pengasuh di Jalan Permaijaya di sini Isnin lalu, belum bersedia menerima pemergian anaknya.

Ketua Polis Daerah Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata pihaknya dimaklumka­n oleh Hospital Sibu mengenai perkembang­an terkini bayi itu semalam.

“Keputusan hasil ujian ke atas otak mangsa (bayi) untuk kali kedua masih kekal sama (kematian otak) jam 9.10 pagi tadi ( semalam),” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, pengadu dan isterinya masih belum bersedia untuk menghentik­an mesin alat sokongan hayat bayi mereka pagi semalam.

“Pihak hospital bersetuju dengan pengadu dan isteri untuk menghentik­annya pada keesokan hari.

“Jika denyutan jantung mangsa berhenti tiba- tiba hari ini (semalam), bantuan CPR tidak dibuat,” katanya ketika diminta mengulas perkembang­an bayi itu.

Aariz menerima rawatan di Unit Penjagaan Rapi Hospital Sibu sejak 7 Januari lalu setelah koma didakwa menjadi mangsa dera pengasuh berusia 39 tahun Isnin lalu.

Suspek ditangkap dan direman susulan laporan polis dibuat oleh bapa mangsa.

Suspek dipercayai tidak mempunyai lesen membuka pusat asuhan tersebut.

Tindakan pengasuh terbabit menimbulka­n kemarahan netizen selepas polis menerima laporan kedua, setelah seorang lagi ibu mendakwa anaknya berumur satu tahun lima bulan mengalami patah satu batang gigi depan di bahagian atas dan kecederaan gusi semasa mengambil anaknya dari rumah pengasuh sama pada 8 Januari lalu.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 31( 1)( a) Akta Kanak- Kanak 2001 dan dijangka diklasifik­asikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia