Utusan Borneo (Sarawak)

Parti komponen GPS harus hayati konsep perkongsia­n kuasa

-

BINTULU: Konsep perkongsia­n kuasa harus dihayati bersama dalam kalangan parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) memandangk­an keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lepas jelas menunjukka­n keadaannya apabila tiada keikhlasan dan kejujuran dalam memperjuan­gkan nasib rakyat.

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) merangkap Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata, parti-parti utama dahulu terlalu ego, mementingk­an diri serta tidak mendengar suara akar umbi berikutan mandat besar yang diberi rakyat se- belumnya.

Katanya, kita harus mengambil pengajaran bahawa sebagai pemimpin kita perlu mendengar pandangan akar umbi dengan mempertimb­angkan segala faktor yang terlibat.

“Rakyat telah menghukum calon-calon BN (Barisan Nasional) pada PRU yang lalu. Saya merayu agar gabungan kita yang baharu ini tidak mengulangi kesilapan-kesilapan lama yang dilakukan sewaktu pemerintah­an BN.

“Pemimpin politik yang sudah bersara seharusnya tidak perlu diberi sebarang jawatan tapi veteran ini boleh dijadikan sebagai penasihat. Berilah peluang kepada anak-anak muda yang berjiwa besar sebagai pemimpin dan muka-muka baharu sebagai pemimpin,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan pada Majlis Perhimpuna­n Mesyuarat Agung Tritahunan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang dirasmi Ketua Menteri merangkap Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Dewan Suarah Bintulu semalam.

Jelasnya, GPS ialah satu gabungan yang begitu unik dan terhasil daripada cita rasa rakyat Sarawak sendiri dan saya percaya, dengan adanya anak-anak muda ini dalam barisan kepimpinan PDP khasnya dan GPS amnya, maka kita akan dapat mewujudkan pelan pemimpin pengganti yang baik untuk Sarawak.

Justeru katanya, rakyat akan terus menyokong kita sekiranya mereka melihat keikhlasan dan kesungguha­n pemimpin untuk membela nasib mereka.

“Sebagai gabungan yang baharu dibentuk, kami percaya bahawa YAB CM pasti akan dapat mempertimb­angkan rayuan ikhlas kami, melayan secara adil dan meletakkan semula sistem dan mengekalka­n prinsip yang telah dipersetuj­ui bersama,” katanya.

Beliau turut menyatakan kekaguman dengan keberanian ketua menteri dalam mendepani risiko terutama sewaktu memutuskan untuk menubuhkan syarikat Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

“Di bawah kepimpinan YAB juga, berlaku satu lagi situasi di mana YAB perlu melakukan satu keputusan yang berani untuk membimbing dan mengetuai GPS yang diasaskan pada 12 Jun 2018 melalui kerjasama empat bekas parti komponen BN iaitu PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu), PDP, SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) dan PRS ( Parti Rakyat Sarawak) sejurus selepas BN dijatuhkan rakyat pada PRU14,” katanya.

Gabungan blok ketiga terbesar ini katanya, ia akan memberi fokus terhadap memelihara kepentinga­n dan hak negeri Sarawak berdasarka­n Perjanjian Malaysia dan merupakan parti mesra kerajaan PH.

Sebab itulah katanya, GPS dibentuk hasil cita rasa rakyat Sarawak, perlu melihat dasardasar­nya yang membawa kebaikan kepada Sarawak serta berpegang teguh kepada prinsip konsultasi, konsensus dan pembahagia­n kuasa antara parti-parti ini yang sangat penting dalam mentadbir negeri berbilang kaum dan agama.

“Kita percaya inilah masanya bagi Sarawak memasuk platform politik baharu dan ketua menteri orang yang akan menjadi kapten kapa dan inilah harapan saya sebaga presiden PDP dan sama juga untuk semua rakyat Sarawak,” katanya sambil berharap pihaknya diberi peluang oleh kepimpinan GPS yang baharu untuk diberi agihan kerusi bag Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia