Utusan Borneo (Sarawak)

Guru mesti simpan nombor telefon ibu bapa pelajar: Manyin

Manyin menyaranka­n Jabatan Pendidikan Negeri keluar pekeliling berkaitan kepada semua sekolah di Sarawak

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Guru mesti menyimpan nombor telefon ibu bapa pelajar bagi memudahkan sebarang komunikasi antara mereka.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata dengan itu beliau menyaranka­n agar Jabatan Pendidikan Negeri mengeluark­an pekeliling berkaitan kepada semua sekolah.

“Kita mahu guru dan ibu bapa bersama-sama terlibat dalam aktiviti berkaitan anakanak sekolah dan saya mahu Jabatan Pendidikan mengeluark­an pekeliling kepada semua sekolah agar setiap guru menyimpan dan mengetahui nombor telefon ibu bapa.

“Dengan itu guru dan ibu bapa dapat berkomunik­asi termasuk dalam menangani masalah disiplin yang perlu mendapat bantuan daripada ibu bapa,” katanya ketika berucap merasmikan Program Penglibata­n Ibu Bapa dan Komuniti Peringkat Negeri di SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor di sini, semalam.

Manyin menegaskan, sebagai contoh di Finland yang merupakan negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik dunia melaksana polisi yang sama iaitu setiap guru memyimpan nombor telefon ibu bapa pelajar.

Jelasnya, dengan polisi itu masalah disiplin di kalangan pelajar di Finland hampir mencapai kosong, iaitu 0.07 peratus.

“Sehubungan­itukitaama­tmemerluka­n penglibata­n menyeluruh ibu bapa dalam bersama menangani masalah anak-anak mahupun dalam aktiviti akademik mereka,” katanya.

Tambah Manyin tidak dinafikan di mana sahaja setiap sekolah pastinya akan menghadapi masalah disiplin pelajar tetapi percaya masalah itu mampu dikurangka­n jika ia mendapat penglibata­n ibu bapa sendiri.

Kini kata Manyin, berbeza dengan tahun sekitar 1960-an hingga 1980-an, kebanyakan ibu bapa mungkin buta huruf atau tidak ada pendidikan.

“Kini kita tidak kekurangan golongan profesiona­l dalam kalangan ibu bapa, tidak kekurangan ibu bapa berpendidi­kan.

“Maka kementeria­n melihat bahawa kini ibu bapa seharusnya melibatkan diri dengan lebih banyak di sekolah kerana anda adalah antara yang membantu dan memberi input kepada sekolah selain guru,” tegasnya.

Bahkan kata beliau, ia sekali gus membantu meningkatk­an prestasi keseluruha­n sama ada akademik, membina karakter atau personalit­i kepada anakanak sekolah.

Manyin pada masa yang sama berharap ibu bapa dan masyarakat mengkikis stigma tidak mahu menghantar anak ke institusi kemahiran sepert pendidikan vokasional.

“Stigma itu masih ada dan ibu bapa sebenarnya harus maklum bahawa walaupun anak mereka cemerlang dar segi akademik, mereka juga boleh menghantar anak dalam bidang kemahiran.

“Ia kerana pekerjaan yang diperlukan pada masa akan datang lebih kepada kemahiran terutama dalam kita menuju ke Revolusi Industr 4.0,” katanya.

Hadir sama Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Abang Mat Ali Abang Masagus, Setiausaha Tetap Kementeria­n Datu William Patrick Nyigor, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru S.Paramanath­an dan Pengetua SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor Affandi Rosli.

Kita mahu guru dan ibu bapa bersamasam­a terlibat dalam aktiviti berkaitan anak-anak sekolah dan saya mahu Jabatan Pendidikan mengeluark­an pekeliling kepada semua sekolah agar setiap guru menyimpan dan mengetahui nombor

” telefon ibu bapa.

Dato Sri Michael Manyin Jawong

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi

 ??  ?? DISAMBUT: Manyin (dua kanan) disambut dengan persembaha­n kebudayaan oleh para pelajar sekolah semasa tiba merasmikan Program Penglibata­n Ibu Bapa dan Komuniti Peringkat Negeri di SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor.
DISAMBUT: Manyin (dua kanan) disambut dengan persembaha­n kebudayaan oleh para pelajar sekolah semasa tiba merasmikan Program Penglibata­n Ibu Bapa dan Komuniti Peringkat Negeri di SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia