Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan lulus peruntukan bina KKIK di Seberang Hilir

-

Impian penduduk Seberang Hilir untuk memiliki Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak (KKIK) baharu akhirnya tercapai apabila kerajaan negeri meluluskan peruntukan bagi melaksanak­an projek itu di bawah Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP).

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, projek yang menelan kos RM499,894 itu mula dibina Januari ini dan dijangka siap Julai tahun ini.

“Ini adalah usaha yang dilakukan Kerajaan Sarawak dengan mengambil alih projek bina baharu KKIK di Kampung Bintawa di bawah RTP.

“Kita berharap pembinaan klinik ini dapat berjalan dengan lancar dan siap dalam tempoh enam bulan yang ditetapkan iaitu pada Julai tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Projek Bina Baharu KKIK, Kampung Bintawa yang disempurna­kan Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar di sini semalam.

Dr Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, sebelum ini dana untuk projek pembinaan klinik itu telah diluluskan oleh kerajaan pusat terdahulu.

Namun, dedahnya apabila Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, dana untuk projek berkenaan ditarik balik.

“Kita sering mendengar keluhan dan aduan daripada penduduk kampung terutama ibu- ibu mengandung atau yang mempunyai anak kecil yang memerlukan perkhidmat­an kesihatan tetapi keadaan KKIK sedia ada tidak selesa ekoran jumlah pesakit yang kian bertambah.

“Disebabkan pertambaha­n pesakit di sini, maka tempat sedia ada semakin sempit dan tidak kondusif untuk menampung keperluan penduduk kampung di kawasan Seberang Hilir ini,” jelasnya.

Menurut Dr Rahman, jumlah penduduk di kawasan Seberang Hilir iaitu dari Boyan hingga Bintawa kini hampir mencecah 20,000 orang.

Selain itu, beliau turut mencadangk­an agar Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia dapat menaik taraf perkhidmat­an kesihatan di KKIK Bintawa.

“Saya cadangkan supaya klinik kita di sini dapat dinaik taraf dan dibekalkan dengan perkhidmat­an tambahan seperti Unit X-ray, klinik khas untuk pembedahan kecil dan perkhidmat­an kecemasan dengan disediakan sebuah ambulans.

“Inilah yang kita cadangkan untuk perhatian pihak kementeria­n dan jabatan supaya keperluan masyarakat di kampung untuk mendapatka­n perkhidmat­an kesihatan yang baik,” tambahnya.

Sementara itu, Wan Junaidi dalam ucapan perasmiany­a berkata, klinik berkenaan sememangny­a sudah lama diimpikan penduduk di situ.

“Saya gembira projek ini akhirnya dapat dilaksanak­an dengan menggunaka­n dana yang diluluskan oleh kerajaan negeri demi kegunaan masyarakat kampung di sini,” ujarnya.

 ??  ?? RASMI:Wan Junaidi (duduk) ditemani Dr Rahman (tiga kiri) dan tetamu kehormat lain menyempurn­akan simbolik pelancaran Projek Bina Baharu Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak Kampung Bintawa.
RASMI:Wan Junaidi (duduk) ditemani Dr Rahman (tiga kiri) dan tetamu kehormat lain menyempurn­akan simbolik pelancaran Projek Bina Baharu Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak Kampung Bintawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia