Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga projek pembanguna­n Kampung Nangka, Datu Baru dilaksanak­an

-

Sebanyak tiga projek pembanguna­n kawasan Kampung Nangka dan Kampung Datu Baru bernilai kira-kira RM3.6 juta akan dilaksanak­an tahun ini.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata projek tersebut diumumkan oleh Majlis Perbandara­n Sibu (MPS).

Tiga projek itu adalah penyelengg­araan bahu jalan di Kampung Nangka, menyelengg­ara perparitan di Kampung Datu Baru dan membina bumbung Padang Futsal Kampung Nangka.

“Projek-projek ini bermula tahun ini dan saya berharap dapat bermula sebelum Mac depan,” katanya ditemui selepas mendengar taklimat projek itu daripada Jurutera MPS Abdul Rahman di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Jamain dan penduduk setempat.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam itu berkata, sistem perparitan sepanjang Jalan Kampung Nangka dinaik taraf kepada longkang bertutup (covered drain) dengan kos RM2.3 juta.

“Manakala bagi projek di Kampung Datu Baru menelan kos RM1 juta dan projek membina bumbung Padang Futsal Kampung Nangka berjumlah RM300,000,” ujarnya.

Menurut beliau, ketiga-tiga projek itu daripada tiga sumber peruntukan berbeza.

“Peruntukan RM2.3 juta adalah daripada dana Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (MARRIS) manakala RM1 juta kerajaan negeri dan RM300,000 Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP),” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu memberitah­u, MPS melaksanak­an projek di Kampung Nangka secara berperingk­at bagi mengelak sebarang kesulitan kepada pengguna jalan raya dan penduduk di kawasan tersebut.

“Ia tidak seharusnya dilaksanak­an sekali gus kerana memberi kesan laluan trafik dan orang ramai. Justeru mungkin MPS melaksanak­an fasa pertama dan perlu disiapkan tahun ini,” jelasnya.

 ??  ?? TINJAU: Dr Annuar (kiri) meninjau keadaan parit di Jalan Kampung Nangka bersama Abdul Rahman (empat kanan), Rogayah (tiga kiri dan penduduk di Sibu semalam.
TINJAU: Dr Annuar (kiri) meninjau keadaan parit di Jalan Kampung Nangka bersama Abdul Rahman (empat kanan), Rogayah (tiga kiri dan penduduk di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia