Utusan Borneo (Sarawak)

RM209.5 juta disalur kepada 58,038 penerima bantuan sepanjang 2018

-

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menyalurka­n perbelanja­an berjumlah RM209,590,550 (RM209.5 juta) kepada 58,038 penerima bantuan bulanan seluruh negeri ini mulai Januari hingga Disember 2018.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata jumlah itu membabitka­n pelbagai bantuan termasuk bantuan orang tua, kanak- kanak, bantuan am dan elaun pekerja cacat.

Jelasnya, bantuan lain termasuk penjagaan orang kurang upaya ( OKU) pesakit kronik terlantar, OKU tidak berupaya bekerja, anak pelihara dan bantuan belia beliawanis.

“Bagi JKM Bahagian Sibu menyalurka­n perbelanja­an sejumlah RM30,141,450 untuk 8,336 penerima bantuan bulanan dalam tempoh sama,” katanya pada Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina 2019 di sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King, Setiausaha Politik Ketua Menteri Daniel Bujal, Penghulu Chua Hiong Kee mewakili Temenggung Datuk Vincent Lau, Pegawai Daerah Sibu Suhaili Mohamed, Ketua Cawangan Kesejahter­aan Sosial JKM Sarawak Mohd Guntor Rajaee mewakili Pemangku Pengarah JKM Sarawak, Pegawai Kebajikan Masyarakat Sibu Emilda Piar Kunchui Uli dan Temenggung Stanley Gramong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu berkata, bantuan di bawah JKM dapat meringanka­n tanggungan rakyat yang memerlukan bantuan.

Menurutnya, seramai 7,738 penerima menerima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina diserahkan pada Majlis Sejambak Kasih di seluruh negeri ini.

“Mereka menerima wang tunai RM100 dan hamper bernilai RM50 untuk memberi keceriaan kepada mereka menyambut Gong Xi Fa Cai.

“Manakala mereka yang tidak hadir akan dikreditka­n sumbangan RM100 ke dalam akaun masing-masing,” ujarnya.

Katanya, seramai 2,073 orang atau 26 peratus daripada jumlah penerima bantuan di bahagian Sibu menerima sumbangan itu.

“Pada majlis itu, seramai 150 penerima bantuan bulanan kebajikan menerima sumbangan tersebut,” katanya.

 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Harden (tiga kanan) disaksikan yang lain menyampaik­an bantuan kepada seorang penerima pada Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina 2019 di Sibu semalam.
UNTUK RAKYAT: Harden (tiga kanan) disaksikan yang lain menyampaik­an bantuan kepada seorang penerima pada Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina 2019 di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia