Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak berpotensi dijadikan lokasi penganjura­n festival filem

-

Sarawak berpotensi dijadikan lokasi bagi penganjura­n festival filem bagi penggiat industri perfileman khususnya dalam rantau Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Creative Media Agency Adam Ham berkata, penganjura­n festival filem memerlukan perbelanja­an yang tinggi terutama di bandar-bandar mewah seperti Cannes.

Malah katanya, kos untuk menganjurk­an festival filem di Singapura sahaja sudah semakin mahal berbanding di Tokyo, Jepun.

“Bagi mereka yang masih baharu dalam industri ini termasuk rakan-rakan produksi kita dari Vietnam misalnya, mereka mungkin tidak mampu untuk menyertai festival seperti ini.

“Tetapi Sarawak adalah penyelesai­an untuk pemilihan lokasi bagi penganjura­n festival filem bertaraf antarabang­sa pada kos yang lebih berpatutan,” katanya pada sidang media bersama wakilwakil syarikat produksi yang menyertai Anugerah Televisyen Asia (ATA) Ke-23 di sini semalam.

Antara yang hadir pada sidang media tersebut, CEO Thaitv3, M.L. Rudeejanok Kritakaran dari Thailand, Presiden Farmosa Medi Dorothy M. Hung (Taiwan), Naib Presiden JTBC Kim Yongdal (Korea Selatan), Presiden Cignal TV Jane Jimenez dari Filipina dan juri ATA dari Sri Lanka Dr Punchi Nilame Meegawatte.

Pada sidang media tersebut, wakil-wakil syarikat produksi yang menyertai ATA di Kuching turut berkongsi keterujaan mereka dengan keindahan pemandanga­n di sekitar bandar raya Kuching ini.

Pengerusi Eksekutif Today TV dari Vietnam Lam Chi Thien berkata ini merupakan pengalaman pertama beliau ke Kuching dan beliau amat menyukai bandar raya ini yang begitu tenang dan indah.

“Saya sangat suka bandar ini dan saya berharap dapat menerokai lebih mendalam bandar raya ini bagi kerjasama dalam industri media ini,” katanya.

Sementara itu, M.L. Rudeejanok berkata beliau amat menyukai bandar raya ini yang begitu tenang, tidak seperti di Bangkok yang sentiasa sibuk dengan manusia dan kenderaan.

Malah katanya, kru syarikat produksiny­a sudah berada di bandar raya ini sejak Jumaat lepas bagi melihat lokasi yang sesuai bagi pembikinan filem dan drama bersiri Thailand.

Dr Punchi turut berkongsi keterujaan­nya terhadap bandar raya ini yang begitu mempesonak­an di mata beliau.

“Kita tidak akan jumpa tempat seperti Kuching dalam Asia. Saya amat menyukai bandar raya ini dan ia dapat memberi ruang kepada penggiat industri untuk menghasilk­an karya mereka,” katanya.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? PENGGIAT SENI: Wakil-wakil syarikat produksi dari Asia antaranya, Lam (dua kiri), M.L Rudeejanok (tiga kiri), Kim (dua kanan), Dorothy (empat kanan), Dr Punchi (kanan), Adam (lima kiri) serta yang lain merakam gambar bersama selepas sidang media sempena ATA Ke-23 semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi PENGGIAT SENI: Wakil-wakil syarikat produksi dari Asia antaranya, Lam (dua kiri), M.L Rudeejanok (tiga kiri), Kim (dua kanan), Dorothy (empat kanan), Dr Punchi (kanan), Adam (lima kiri) serta yang lain merakam gambar bersama selepas sidang media sempena ATA Ke-23 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia