Utusan Borneo (Sarawak)

Fakta sejarah Sarawak, pembentuka­n Malaysia perlu diperbetul

Malaysia terbentuk dengan penyertaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Malaya pada 16 September 1963: Lee

- Oleh Connie Sylvia Mesa

Sebelum tarikh itu, tidak ada negara dipanggil Malaysia. Singapura menarik diri pada 1965. Malaysia kini adalah terdiri

“daripada tiga rakan kongsi iaitu Malaya, Sabah dan Sarawak.

MIRI: Fakta sejarah Sarawak menyertai pembentuka­n Malaysia perlu diperbetul­kan dan diketahui secara umum, kata Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

Menurutnya, Malaysia terbentuk dengan penyertaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Malaya pada 16 September 1963 di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Sebelum tarikh itu, tidak ada negara dipanggil Malaysia. Singapura menarik diri pada 1965. Malaysia kini adalah terdiri daripada tiga rakan kongsi iaitu Malaya, Sabah dan Sarawak.

“Rakyat Sarawak perlu tahu bahawa kita bukan salah satu daripada 13 negeri tetapi lebih dikenali sebagai rakan kongsi,” katanya pada program Jelajah Bendera Gabungan Parti Sarawak (GPS) 2019 anjuran Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita GPS di Dewan Suarah Miri, malam kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Neg-

Datuk Lee Kim Shin

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

eri (ADUN) Senadin itu turut menggesa Kementeria­n Pendidikan memperbetu­l fakta dalam buku sejarah terutama pembentuka­n Malaysia dan wajib sebagai subjek utama di sekolah menengah seluruh negara.

“Ini bagi membolehka­n semua rakyat khususnya generasi muda mengetahui dan menghormat­i fakta sebenar pembetukan Malaysia dan hak serta autonomi tertentu seperti Sarawak dan Sabah mempunyai hak masingmasi­ng.

“Selain itu, bagi mengelak tanda tanya atau salah faham dalam kalangan pemimpin dan rakyat dalam pembentuka­n Malaysia,” jelasnya.

Dalam pada itu, Lee turut mengingatk­an rakyat Sarawak terus bersatu dan memberi sokongan kuat terhadap GPS di bawah kepimpinan Ket- ua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Tiada siapa boleh menjaga Sarawak selain anak- anak Sarawak sendiri. Bersama kita memastikan Sarawak dijaga dengan baik seperti pesanan bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem (Tok Nan).

“GPS akan terus melakukan yang terbaik untuk menyampaik­an mandat yang diberikan rakyat Sarawak,” katanya.

Hadirin pada malam itu turut bertafakur seketika dan menyalakan lilin sebagai memperinga­ti pemergian Tok Nan yang meninggal dunia pada 11 Januari 2017.

Sementara itu, rombongan jelajah bendera GPS 2019 tiba di pekarangan Dewan Suarah Miri kira-kira jam 8.40 malam kelmarin dari Limbang bagi memperkena­lkan pertubuhan politik anak tempatan tersebut.

Pengenalan logo dan lagu GPS turut dilaksanak­an menerusi siri jelajah seluruh Negeri selain penyerahan bendera kepada wakil-waki parti komponen GPS.

Selepas Miri, rombongan jelajah diketuai Ketua Pergerakan Pemuda GPS merangkap Ketua Perarakan Bendera GPS Gerald Rentap Jabu bertolak ke Bintulu pagi semalam.

Hadir sama Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Speaker Dewan Undangan Neger Datuk Gerawat Gala, Menter Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil, Menteri Muda Wanita Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting, ADUN Telang Usan Dennis Ngau, ADUN Lambir Ripin Lamat serta yang lain.

 ??  ?? TERBAIK: Tetamu bersama rombongan serta penyokong GPS yang hadir pada program Jelajah Bendera Gabungan Parti Sarawak 2019 di Miri.
TERBAIK: Tetamu bersama rombongan serta penyokong GPS yang hadir pada program Jelajah Bendera Gabungan Parti Sarawak 2019 di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia