Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu tunggal diminta tidak lepas peluang sertai kelas jahitan

-

Golongan ibu tunggal diminta tidak melepaskan peluang menyertai kelas jahitan di pusat jahitan NRG Tailoring Classes yang dibuka di Jalan Semarak dekat sini.

Kelas jahitan dengan bayaran minimum itu diusahakan ibu tunggal, Hajijah Junaidi dengan kerjasama Koperasi Komuniti Usahawan Digital Sarawak ( SARADEC).

Majlis perasmian pusat jahitan itu telah berlangsun­g semalam dan disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

Pada majlis tersebut, Fazzrudin turut menyumbang beberapa mesin jahit kepada pusat jahitan tersebut sebagai menyokong usaha murni itu.

Beliau yang menyokong penuh usaha itu percaya ia dapat membantu para ibu tunggal menjana pendapatan dengan perniagaan jahitan menerusi kemahiran yang dipelajari daripada kelas berkenaan.

“Pusat jahitan ini adalah salah satu cara untuk membantu ibu tunggal terutama yang kurang berkemampu­an meningkatk­an kemahiran mereka sebagai modal untuk menjana pendapatan.

“Harapan kita ibu tunggal di luar sana akan merebut peluang ini dan menyertai kelas jahitan ini bagi membantu diri mereka sendiri,” katanya.

Kelas jahitan ini dibuka pada waktu malam selama dua jam setiap hari dan turut menerima bantuan modal RM5,000 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dalam pada itu Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuching dalam tahun 2018 telah membantu seramai 101 penerima bantuan kebajikan yang produktif untuk mendapatka­n Geran Pelancaran RM5,000 untuk memulakan perniagaan.

Geran di bawah Usahawan Mikro Kebajikan ini telah menyaksika­n seramai 21 penerima berjaya menjana pendapatan lebih daripada RM1,000 sebulan.

Program ini juga menyasarka­n penerima kebajikan keluar daripada kepompong kemiskinan.

 ??  ?? RASMI: Fazzrudin (tiga kiri) serta yang lain memotong pulut kuning sebagai simbolik perasmian pusat jahitan NRG Tailoring Classes di Kuching semalam.
RASMI: Fazzrudin (tiga kiri) serta yang lain memotong pulut kuning sebagai simbolik perasmian pusat jahitan NRG Tailoring Classes di Kuching semalam.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Dayang Maimunah (tiga kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Abdul Rahman di Limbang semalam.
TERIMA KASIH: Dayang Maimunah (tiga kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Abdul Rahman di Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia