Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan sebar berita palsu boleh jejas hubungan guru, ibu bapa

-

Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menggesa pengguna laman sosial Facebook lebih beretika dan bertanggun­gjawab supaya tidak menyebar berita palsu.

Presiden KGBS Ahmad Malie berkata, tindakan pengguna laman sosial yang menular berita palsu boleh mendatangk­an provokasi antara pihak guru dengan masyarakat khususnya ibu bapa.

“KGBS melahirkan rasa kesal kerana bahan- bahan berita palsu berkaitan guru dan ibu bapa seumpama in apabila ditular dalam media sosial boleh menimbulka­n ketegangan antara warga guru dengan ibu bapa yang akhirnya boleh menimbulka­n tekanan dalam kalangan guru.

“Seperti yang kita tahu peranan guru adalah untuk mendidik pelajar menjad warganegar­a yang baik dem negara tercinta,” katanya dalam satu kenyataan di sin semalam.

Ahmad menambah, adalah mustahil disebabkan dengan memulas telinga anak murid ibu bapa terus mengambi tindakan yang begitu agresif sehingga sanggup memotong tangan guru seperti yang didakwa.

“Sedangkan negara kita ada undang- undang untuk menangani ketidakpua­san hat seseorang dan sekiranya ibu bapa sanggup melakukan tindakan sedemikian sudah past mereka juga terdedah kepada tindakan undang-undang,” tegasnya.

Justeru, beliau memberitah­u bahawa KGBS yakin dan percaya bahawa ibu bapa di negara ini masih lag menghormat­i undang-undang daripada bertindak mengikut undang-undang sendiri.

“Dengan ini, KGBS amat mengharapk­an agar masyarakat pengguna media sosia tidak menyebarka­n beritaberi­ta yang boleh menimbulka­n provokasi demi menjaga keamanan dan ketenteram­an awam khususnya antara warga guru dgn pihak ibu bapa.

“Sekiranya ada perkaraper­kara yang ibu bapa tidak berpuas hati dengan tindakan seseorang guru adalah lebih baik dan disarankan membuat laporan kepada KGBS,” tambahnya.

Jelasnya lagi, dengan laporan tersebut KGBS akan berusaha membantu untuk menangan isu atau masalah tersebut dengan sebaik mungkin.

“KGBS tidak mahu hubungan baik sedia terjalin antara guru dan ibu bapa retak disebabkan sedikit salah faham sebegini,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia