Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan pereka muda PUSAKA daftar di Institut Teknologi Bandung

-

Kumpulan pereka muda ( POYOD) Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak ( PUSAKA) mendaftar di Fakulti Seni Reka, Institut Teknologi Bandung (ITB), Bandung di Indonesia pada 7 Januari lepas.

Pendaftara­n tersebut adalah susulan daripada pemeteraia­n Memorandum Perjanjian (MOA) antara PUSAKA dan Fakulti Seni Reka, ITB pada 26 Oktober 2018.

Majlis menandatan­gani MOA berlangsun­g di ITB, Bandung, Indonesia disaksikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan merangkap Pengerusi Lembaga Pengurusan PUSAKA.

PUSAKA telah berkolabor­atif dengan ITB untuk membangun program latihan pengukuhan selama setahun bagi kumpulan pereka muda PUSAKA itu.

Latihan POYOD di ITB akan memperkuku­hkan lagi ilmu dan kemahiran mereka dalam rekaan dengan lebih banyak input dan pendedahan antarabang­sa menerusi jaringan ITB, kata Pengurus Besar PUSAKA Hashim Bojet.

ITB telah membangunk­an kurikulum yang bersesuaia­n bagi POYOD PUSAKA yang akan mempunyai impak positif dan memperkaya­kan pengalaman kumpulan pereka muda ini dalam kemahiran rekaan.

“Saya yakin bahawa POYOD akan mendapat manfaat daripada latihan sebaik tamat latihan nanti dan bersedia berkhidmat sebagai pereka perabot kepada industri perkayuan di Sarawak,” katanya sambil menambah, program latihan itu disokong Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching.

Program latihan POYOD ini dibangunka­n oleh PUSAKA dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), pemain industri dan institusi lain.

Objektifny­a adalah untuk memperkuku­hkan ilmu dan kemahiran graduan baharu daripada Rekaan Industri, UNIMAS dalam rekaan perabot, membangunk­an kerjaya mereka dan mempersiap­kan mereka dengan kebolehpas­aran dalam industri perkayuan di sarawak.

Program ini menurut Hashim adalah selari dengan visi PUSAKA untuk mentransfo­rmasi industri perkayuan dengan memberi penekanan dan fokus kepada pembanguna­n tambah nilai terutama industri perabot.

Latihan POYOD adalah program latihan selama dua tahun dengan tahun pertama latihan industri bersama pembuat perabot tempatan manakala tahun kedua latihan bersama ITB.

Pengambila­n kumpulan pertama POYOD memulakan latihan tahun pertama pada 2018 dengan mengadakan latihan industri bersama Samling Housing Products Sdn Bhd di Miri dari Januari hingga Disember 2018.

Sepanjang latihan setahun tersebut, mereka telah menyiapkan tiga projek.

Penyertaan PUSAKA dengan koleksi baharu perabot POYOD dikeluarka­n oleh Samling Housing Products Sdn Bhd di Index, Mumbai, India pada Mei, Pameran Perabot Antarabang­sa Australia di Melbourne, Australia pada Julai dan Downtown Design Dubai pada November 2018 telah menjana jualan perabot bernilai RM47 juta.

Tahun kedua latihan di ITB dijangka akan memberi pendedahan antarabang­sa kepada kumpulan pereka muda ini terutama menerusi penyertaan dalam Minggu Rekaan Milan di Milan.

 ??  ?? KENANGAN: Kumpulan pereka muda PUSAKA bersama dekan dan pensyarah Fakulti Seni Reka, ITB serta pegawai PUSAKA.
KENANGAN: Kumpulan pereka muda PUSAKA bersama dekan dan pensyarah Fakulti Seni Reka, ITB serta pegawai PUSAKA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia