Utusan Borneo (Sarawak)

2018 tahun cemerlang bagi Pejabat Residen dan Daerah Sibu

-

2018 merupakan tahun bermakna bagi Pejabat Residen dan Daerah Sibu kerana meraih pelbagai pencapaian dan kejayaan cemerlang.

Residen Bahagian Sibu Charles Siaw berkata ini kerana pada tahun lalu banyak peristiwa peringkat negeri dan acara utama diadakan di Sibu.

“Dalam menganjurk­an acara peringkat negeri dan kebangsaan, kerjasama dan sokongan semua agensi kerajaan, sama ada kerajaan negeri atau persekutua­n adalah amat baik.

“Pejabat Residen dan Daerah Sibu tidak dapat melakukan ini seorang diri. Acara paling menguji kami ialah sambutan Ulang Tahun Yang di-Pertua Negeri,” katanya pada Majlis Malam Apresiasi Pentadbira­n Bahagian Sibu 2018 di sini malam kelmarin.

Siaw berkata, salah satu sebab Pejabat Residen dan Daerah Sibu dapat menganjurk­an pelbagai aktiviti dan acara tahun lalu kerana sokongan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata, penyatuan sumber juga dapat menganjurk­an aktiviti tersebut dengan kos lebih rendah.

Di samping itu, beberapa syarikat dan individu menjadi penaja aktiviti itu manakala sesetengah pihak sudi meminjamka­n kenderaan mereka untuk kegunaan semasa majlis kerajaan.

Program peringkat negeri termasuk kejohanan bola tampar MAKSAK, Bazar Gawai, Karnival Sukan Ketua Menteri dengan kerjasama Pejabat Residen dan Daerah Sibu, Maal Hijrah, Hari Belia dan kesedaran keselamata­n jalan raya.

Program-program lain termasuk seminar peringkat kebangsaan mengenai Sufi Mengikut Pendekatan Wasatiyyah, Sibu Internatio­nal Base Jump 2018 dan karnival, ‘Berambeh Sungkei’, perayaan Gawai Raya, Maulidur Rasul Sibu dan program kawalan rabies.

Siaw turut berkongsi beberapa kejayaan Pejabat Residen dan Daerah Sibu seperti muncul juara Anugerah Inovasi Ketua Menteri Kategori Pejabat Residen dan Daerah,

 ??  ?? TAHNIAH: Siaw (tiga kiri) menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) kepada Pegawai Tadbir Pejabat Residen Sibu Awang Mohd Nizam Awang Ali Bohan manakala Timbalan Residen Sibu Wong Hee Sieng (dua kiri) dan yang lain melihat sama.
TAHNIAH: Siaw (tiga kiri) menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) kepada Pegawai Tadbir Pejabat Residen Sibu Awang Mohd Nizam Awang Ali Bohan manakala Timbalan Residen Sibu Wong Hee Sieng (dua kiri) dan yang lain melihat sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia