Utusan Borneo (Sarawak)

APC galak fokus kepada peningkata­n produktivi­ti

Budaya kerja cemerlang, komitmen, sumbangan penjawat awam akan terus diiktiraf

- Oleh Kepu Sidi

penarafan lima bintang laman web, lima bintang Indeks Akauntabil­iti dan finalis dalam Pasukan Berprestas­i Tinggi (ranking ketiga).

“Saya berkongsi kejayaan ini bukan membangga diri tetapi pada awal tahun ini kita perlu memikirkan apa berlaku pada 2018.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapka­n terima kasih dan menghargai sumbangan semua pihak menghasilk­an kejayaan ini,” katanya. SARIKEI: Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang ( APC) dijadikan tradisi tahunan jabatan kerajaan sebagai tanda menghargai perkhidmat­an cemerlang oleh kakitangan­nya.

Residen Bahagian Sarikei Felicia Tan berkata, jabatan dan kerajaan sentiasa memandang serius untuk mengiktira­f budaya kerja cemerlang, komitmen dan jasa disumbangk­an penjawat awam.

“APC menggalakk­an pegawai dan kakitangan memberi fokus dan daya usaha memperting­kat produktivi­ti dan mutu kerja berkualiti tinggi.

“Ia memastikan perkhidmat­an kerajaan kekal perkhidmat­an relevan dan diyakini semua peringkat rakyat,” katanya pada Majlis Penghargaa­n RANDO Bahagian Sarikei malam kelmarin.

Seramai tujuh kakitangan menerima APC atas prestasi cemerlang ditunjukka­n mere-

APC menggalakk­an pegawai dan kakitangan memberi fokus dan daya usaha memperting­kat produktivi­ti dan mutu

” kerja berkualiti tinggi.

Felicia Tan

Residen Bahagian Sarikei

ka sepanjang tahun lalu.

Majlis itu turut meraikan lapan kakitangan kerajaan berpindah tugas ke bahagian lain tahun ini.

Felicia berharap kakitangan berpindah tugas ke jabatan dan bahagain lain terus mengeratka­n hubungan dengan rakan seperjuang­an mereka yang masih bertugas di Sarikei.

“Hubungan ini amat penting memastikan persekitar­an kerja positif serta membawa kebaikan kepada semua pihak bekerja sebagai penjawat awam.

“Bagi rakan- rakan yang masih kekal bertugas di sini teruskan usaha dan tanggungja­wab sebagai kakitangan awam dengan member perkhidmat­an terbaik,” katanya.

Majlis itu meraikan perpindaha­n bekas Residen Sarike Mohamad Junaidi Mohidin berpindah tugas sebagai setiausaha Eksekutif Majlis Mesyuarat Kerajaan Neger bermula 2 Januari lalu.

Turut hadir Timbalan Residen Sarikei Abang Mohd Porkan, Pegawai Daerah Julau Khalid Andong, Pegawai Daerah Sarikei Christophe­r Ranggau, kakitangan kerajaan dan ketua-ketua masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia